Friday, January 14, 2011

Terima Kasih Wahai Sahabat!!!

Masalah yang saya lalui sekarang terasa amat-amat berat.. Bagai ada batu yang menghempap kepala saya..
Kawan lama memburukkan saya... Melepaskan kata-kata yang tidak patut, waima dia seorang pelajar yang agak pandai.. 
Dalam pening memikirkan masalah tersebut, saya amat bersyukur. Di sekeliling saya ramai sahabat yang sudi mendengar luahan hati saya. Yang sudi membantu seadanya.

Terima kasih wahai sahabat...

# Terima kasih anis, nurin, majid, shafiq, hana, eda, dayah, tiqah, aida n eni.. Kerana sudi mendengar luahan hati aku..
# Terima kasih majid kerana begitu mengambil berat.. Tetapi aku tak boleh menerimanya. Setakat ini aku masih boleh berdiri sendiri.. Jika aku perlukan pertolongan, aku akan memerlukan ko ya jid..

Duhai sahabat,
Terima kasih kerna kau hadir
tatkala suka mahupun duka.
Terima kasih kerna kau mampu
membuat ku tersenyum di kala senja.
Terima kasih kerna kau gagah
membelaku ketika terluka.
Terima kasih kerna kau sanggup
memapahku tatkala rebah.
Terima kasih kerna percaya
bicara dan luahan kata.

Terima Kasih Sahabat...


~~ ekien -Khar, Tanjong Malim ~~

# Hilang seorang kawan tak bermakna saya akan hilang semuanya..


No comments:

Post a Comment