Tuesday, January 18, 2011

Mata saya macam panda??

Selepas seharian menghadiri kuliah yang agak padat, iaitu selama lebih kurang 7 jam, rasanya mahu sahaja saya menumbangkan menidurkan diri. Tetapi atas nama persatuan, sebagai ahli saya gagahkan jua.. 
Setengah jam pertama, mata saya masih dapat dikawal ditahan. Namun, setelah penasihat PERBAYU memberi ucapan sepatah dua.. Eh!! Bukan sepatah, berpatah-patah ya, mata saya hampir terkatup. 
Isi yang disampaikan serupa dengan kuliah yang telah saya hadiri pada pagi ini..
Saya cuba gagahi juga memberi perhatian, tetapi sebenarnya fikiran saya telah terbang pulang ke KHAR.. Bantal busuk saya telah lama menanti kehadiran saya.. 

Seseorang juga perlu mengenalpasti terlebih dahulu golongan penonton sebelum memulakan sesuatu ucapan. 

Owh ya.. Antara isi penting yang saya perolehi ialah "bahasa sendi tamadun bahasa". Apa itu?? Cogan kata baru untuk PERBAYU, sedang dipertimbangkan barangkali.. Sebenarnya banyak lagi, tapi kerana mata panda saya terlalu berat untuk dibuka, maka isi penting yang saya perolehi adalah satu... Amat saya kesali.. 


Sebelum terlupa, ramai yang tegur mata saya.. Mata saya cantik kan?? Ala2 panda.. Hahaha..
Itu bermakna saya perlu menambah peruntukkan masa untuk tidur.. Sekian..


# Blog saya sudah di "skodeng".. Hehehe.. Selepas ini, perkara yang perlu sahaja akan disiarkan.. Hehe
Blog ini hanya suka-suka.. Luahan hati empunya tukang bebel blog

No comments:

Post a Comment