Wednesday, January 19, 2011

Hah!! Inilah mereka..

Saya kenalkan mereka mengikut urutan ya.. 

No. 1) Nur Farahin Binti Zulkifli..
* Berumur 17 tahun (Erk?? Dulu macam kecik lagi..)
* Suka melawa (Kalau jalan sebelah dia, tentu susah orang nak teka yang mana satu mak cik, yang mana satu anak sedara)
* Agak cantik.. (Eeiii.. Tak suka sebut lah.. Hahaha)
* Kami akan buli dia kalau dia balik ke rumah mak abah saya (Kami nak training dia.. Jadi anak dara yang pandai serba serbi)
Nampak Gediks!! Ishk.. Berbeza dengan cik kin dia.. Hahaha
2. Muhamad Haziq Bin Robain
* Berumur 13 tahun (Eh!! Dah masuk tingkatan 1 rupanya..)
* Agak pandai.. Kini, bersekolah di Sekolah Menengah Bandar Putra (Asrama, tapi tiap2 minggu boleh balik.. Dekat bebeno.. Hehe)
* Kalau berdiri sebelah dia, dah macam pakwe makwe.. (Ishk!! Bukan kerana cik kin rendah k.. Tapi sebab dia tinggi)
Jangan Bercinta2..
3. Muhamad Naim Bin Zulkifli
* Kini berumur 12 tahun.. Nak UPSR ya..
* Adik kepada farah..
* Suka sangat beli buku mengenai motivasi.. Tapi saya tak pasti dia baca ke tidak.. 
* Sangat kedekut.. Kalau kita pinjam seringgit, dia akan tuntut balik.. Hahaha
Jangan Kedekut
4. Muhamad Haikal Bin Salim
* Berumur 12 tahun... Sebaya dengan naim.
* Dia agak takut dengan saya.. Mungkin jarang jumpa.. Kalau yang lain, pejam mata je tengok saya.
* Sangat risau akan dia.. Sukar memahami pelajaran..  Haikal belajar pandai2 ya.. Haikal boleh..
Belajar rajin2 ya
5. Nursyahira Idayu Binti Robain
* Berumur 11 tahun..
* Adik kepada Haziq.
* Kat mana ada saya, kat situ ada dia.. Mungkin kerana adik-beradik serta sepupu adalah lelaki. Dia tiada pilihan.. Takpe2.. Cik kin ajar ira masak k.. Hehe
* Selalu menangis.. Kena buli dengan abang dan adiknya.
* Sangat sukar untuk mengemaskan rambutnya.. Saya akan membebel sepanjang hari..
Sikat rambut dulu..
6. Muhamad Harith Bin Robain
* Berumur 9 tahun.
* Adik kepada haziq dan ira.
* Agak manja.. Maklumlah anak bongsu.. Tapi cik kin tak manja taw..
* Dia seorang je tak pandai nak main dengan baby2 nie.. Dia takut kalau dapat adik, dia dah tak jadi adik kot.. Hehe

Jangan Manja2.. Hehe
7. Muhamad Shahrul Hakimi Bin Zulkifli
* Berumur 8 tahun.. (Aik!! Kecik2 pun dah 8 tahun)
* Adik kepada farah dan naim.. Anak bongsu..
* Agak kedekut.. Tapi kalau kita cakap dia kedekut, mati2 dia menidakkannya.. Dia kata bukan kedekut, tapi berjimat.. Hehe
* Sangat2 meminati lampu suluh.. Setiap keluaran lampu suluh, mesti dia ada.. Hobi kot..
Lampu suluh satu dik..
8. Umi Salmi Binti Salim
* Sebaya dengan hakimi. 8 tahun.
* Adik kepada haikal.
* Sangat2 pendiam.. Tapi kalau dengan saya, banyak pula mulutnya.. Pelik2..
* Muka ala2 kacukan.. hehe

Owh tidak!!! Saya tak ada gambar umi.. Macam mana dia boleh tercicir.. Saya tak memilih kasih.. Cuma dia memang seorang yang tidak suka bergambar.. Bukan salah saya kan?? 

9. Muhamad Izzat Aiman Bin Mosri
* Berumur 5 tahun.. Tak sabar nak dengar dari mulut dia perasaan ke sekolah.. Hehe
* Tembam.. Obesiti dah kot..
* Mulutnya becok.. Suka makan tongkeng ayam.. Tapi akan bertukar kepada orang bisu apabila berada dalam kalangan orang yang tidak dikenali..
* Suka cium pipi gebu dia.. Hehe
Tengok2.. Tembam kan??
10. Nor Adila Binti Norazlan
* Baru berumur 3 tahun.
* Amat petah.. Banyak tanya..
* Sangat rapat dengan saya.. Menangis melihat saya menaiki bas ke TM.
* Amat sukakan adik.. Membahasakan dirinya "kakak" kerana mempunyai dua orang sepupu yang masih kecil.
Serupa saya kan??
11. Muhamad Izzat Azim Bin Mosri
* Berusia 6 bulan. Kalau tak silap saya.. Hehe
* Adik kepada aiman..
* Akan memulakan konsert antarabangsa apabila matanya mengantuk.. Hehe
* Pantang melihat kamera..
* Suka cium azim.. Pipi lembut.. Hehe
Tembam macam abangnya..
12. Nur Farisha Qistina Binti Madzar.
* Berusia 5 bulan.. Kalau tak silap juga.. Hehe
* Uiks!! Kuat minum susu.. Tengok badan lah.. Hehe
* Amat senang untuk dijaga..
* Suka cium qis jugak, pipi kental.. Hehe
Macam Muka Cina kan??
## Tak sabar saya nak lihat mereka dewasa.. Adakah mereka masih rapat seperti hari ini? 

* Saya hanya berdoa semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah
* Saya cuma berharap mereka berjaya dalam pelajaran dan mempunyai masa depan yang cerah.
* Saya mahukan mereka mengingati kenangan manis ketika usia mereka kanak-kanak
* Saya harap mereka tak lupakan satu sama lain.
* Saya harap mereka tak berkecil hati dan menyayangi saya selalu.. Hehe

# Nasib baik saya hanya mempunyai 12 orang anak saudara kan?? Kalo tidak tak muat entry ini..
Tunggu cik kin balik ya sayang.. Cik kin tahu sayang semua rindu kat cik kin.. Hehehe
Ceh!! Diaorang lagi suka cik kin tak balik, bolehlah buat khemah kat bilik cik kin kan.. Takpe2, mainlah puas2 dulu, nanti cik kin balik semua kena libas.. Huhu

No comments:

Post a Comment