Tuesday, April 26, 2011

6 sem kita bersama..

Malam ini malam sedih SeTanjong Malim kot..
Yelah, malam terakhir di KHAR..
4 bulan akan meninggalkan Bumi Tanjong Malim, membawa haluan untuk berpraktikum..
4 bulan akan berpisah dengan sahabat tersayang, Atikah dan Dayah..
Selama 6 sem berkongsi semuanya, suka, duka, gosip..
Bermasam muka pun pernah, apatah lagi bergelak ketawa..
Sedar tak sedar sudah 3 tahun kita berkawan.. InsyaAllah akan kekal sampai akhir hayat..

"Aku sayang korang..."
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini..

Zaman muda-muda..

Tak lupa juga pada Noraida & Eni..
--> Sudah 3 sem pula kita bersama..



# Menitik air mata saat entry ini ditaip.. Saya pasti merindui kalian..
Semoga kalian berjaya dalam praktikum ya..


Hari-hari terakhir di KHAR..

Sejak akhir-akhir ni rasa agak sedih sedikit..
Tak tahu sebab utama..
Mungkin sebab saya akan meninggalkan Tanjong Malim selama 4 bulan.. *Nak cari kat mana nasi kerabu???
Mungkin juga kerana semakin jauh dengan pak cik. * Entah bila jumpa lagi??
Atau mungkin kerana akan berpisah dengan sahabat-sahabat terbaik selama 4 bulan.. 
* Dayah, Tikah, Eni & Aida... Agak lama.
Tetapi..
Saya rasa sebab utama adalah kerana esok merupakan hari terakhir saya akan 
duduk, tinggal dan menetap di kolej, KHAR yang selama ini saya sayang..
Ya, saya akui. Saya amat senang dan sayang akan kolej ini.
*Mestilah, KHAR banyak buat karnival sampai habis duit saya..
Selama 6 sem diterima sebagai warganya, akhirnya semester akhir disingkirkan..
* Macam AF lak.. Takpelah, tiada rezeki & jodoh lagi..



# Sem depan kena pandai-pandai berjimat :
 - mandi sekali sehari.
- buka laptop, sejam sehari.
- Lampu dan kipas buka satu je.. Kikikiki

Sunday, April 24, 2011

Sekadar Mengasah Bakat.. Hihi (*Kalau kena ajar sastera, senang nanti)

Tika Kepercayaan Sirna

Hati ini menangis lagi..
Merintih dan terus merintih,
Tatkala kepercayaan semakin sepi
yang tinggal di lubuk hati.

Hati ini meraung sendiri,
Menangis tak henti-henti,
Tika kepercayaan ditolak tepi,
Hadirnya cuma sebentar ini,
Bagai embun di pagi hari.

Hati ini meratap sepi,
Mengimbas jatinya diri,
Adakah khilaf tak boleh dibaiki?
Adakah gurauan perlu dijauhi?

Hati ini kan terus menanti,
Kepercayaan itu datang kembali,
Namun sampai bila kan tabah diri?
Jika dia tak endah lagi.

Saturday, April 23, 2011

Cikgu Sikin (**Teruja nak praktikum)

Saat entry ini ditaip, hanya tinggal 16 hari lagi untuk saya kembali ke sekolah.
Bukan sebagai pelajar, tetapi sebagai pengajar.
Bukan menjadi anak murid, tetapi ibu murid. *Cikgu Sikin
Teruja sangat.. *Cet!!! Takut sebenarnya..

Siapa kata tugas seorang guru itu mudah??
Pergi kerja pukul 7 balik pukul 1.. Lepas tu boleh tidur, rehat pula bersama keluarga.
Dapat cuti pun senang, anak murid cuti, cikgu balik kampung..
Waaa... Itu semua yang orang luar nampak.
Yang tak nampaknya lagi banyak taw.. Tapi saya tak nak tulis dahulu.
Tunggulah saya menjadi guru bermula 9 Mei nanti.. InsyaAllah..
Saya akan selidik dan nyatakan tugas seorang guru.
Bukan untuk berbangga, jauh sekali mengeluh.. Ishk!! Jauhkanlah..


Susah hendak gambarkan perasaan yang bermain-main di sekitar tubuh badan saya yang tembam ni.
Gusar, takut, risau, gelabah.. *Erk?? Macam sinonim je
Tapi di sebalik semua itu, saya agak teruja..
Bagaimana anak murid saya nanti ya??
Comel tak macam saya dulu-dulu?? Hihihi
Baik tak macam saya??
Mendengar kata cikgu tak??
Walau apapun anak murid saya nanti, InsyaAllah akan saya tangani..
Dunia perguruan bukan dunia yang mudah, banyak cabaran dan halangan yang bakal dihadapi.
Oleh itu, mula hari ini, sediakan mental dan fizikal ya sahabat2 tersayang..
Kami pasti boleh.. 


Nak ucapkan SEMOGA BERJAYA awal-awal kepada :
1) Cikgu Eda
2) Cikgu Tikah
3) Cikgu Dayah
4) Cikgu Aida
5) Cikgu Enie

Nama pun teruja, jadi video di bawah untuk semua insan yang bergelar GURU..


--> Pening bertambah-tambah dengan masalah tuan rumah sewa, sahabat baik, dan dia...
Tenang-tenang.. Panadol banyak, telan jer.. Kikiki

Friday, April 22, 2011

Kita Tetap Sahabat..

Setiap orang mesti ada sahabat baik kan?? Erk?? Tak ada?? **blur
Takpalah, yang penting saya ada.. Hihi
Saya sayang akan mereka. Betul!! Saya lebih rela hilang kekasih daripada hilang sahabat..
** Tapi saya tak rela hilang pak cik.. Gatai.. Gedik..Hihi

Saya rapat dengan mereka atas beberapa sebab :

1. Mereka sekepala dengan saya.. Alah.. Jangan pikir kembo siam plak..
2. Rahsia saya selamat di tangan mereka. 
3. Kalau gaduh dengan mereka, sekejap je.. Lepas tu, baik semula.
4. Mereka buat saya gelak, mereka buat saya sedih.. Semua mereka buat..
5. Mereka sayang saya.. Erk?? Mandai2 je Ekin ni..
6. Saya ingat mereka, mereka ingat saya.
7. Alah.. Yang penting, SAYA SAYANG MEREKA..

Tapi kan, bila sahabat sendiri, yang kita sayang,kita rindu, dah bertahun-tahun kenal  berprasangka buruk pada diri kita, terkilan sangat, hati macam tertusuk duri.. Ops!! Hiperbola sangat..

Buat Sahabatku..
Kenapa kau sangsi hati kami?
Mengapa kau keliru perasaan ini?
Wajarkah kau lukis luka di hati?
Yang selama ini mekar mewangi..

Buat Sahabatku..
Bukan kami lupakanmu,
Jauh sekali pergi darimu,
Tapi khilafkah kami mencari peneman hidup,
Bakal pembimbing diri,
Peneman di kemudian hari??

Buat Sahabatku..
Kami gembira tatkala kau jumpa si dia,
Melonjak riang berkongsi ria.
Namun,
Tika kami bertemu si pria,
Mengapa kau muram berwajah duka?
Tidak sukakah kau berkongsi ia?

Buat Sahabatku..
Jangan kau gusar ikatan ini,
Kan kita bajai dengan hati yang murni,
Kan kita selami dengan kasih abadi.
Jadi, ikatan ini pasti kekal mewangi,
Hingga kita dijemput Illahi... 


* Sajak yang dihasilkan dalam masa 10 minit, takda peram2.. Segar dari ladang.. Kikiki
Sebab tu tak sedap, tak berkualiti.. Sekian..


--> Sahabat baik di UPSI, next entry ok.. Hihihi. Sayang kamu juga..

Tuesday, April 19, 2011

Orang lain sibuk ulangkaji, saya sibuk berjalan..


Tengok gambar saya dulu.. Hahahaha

Sudah2!! Buku tak habis baca lagi..
Lusa ada lagi peperiksaan, dua kertas lagi. Orang lain sibuk mengulangkaji pelajaran, saya pula sibuk berjalan sakan. Sebenarnya tak jalan pun, ronda-ronda naik kereta hingga mahu termuntah. Perjalanan yang sama sekali tak dirancang, tak dipinta.. Main redah jer. Pak cik saya suka buat kejutan, datang tanpa memberitahu kedatangannya.. Tup2, sudah sampai di hadapan pintu utama KHAR. Haish!!! Nasib baik dapat saya yang mampu bersiap tidak sampai 20 minit. Kalau dapat mak cik yang bersiap sehingga 1 jam, kebas punggung jawabnya. Walau apapun, saya sukakan kejutan.. Erk!! Sukalah sangat.. Padan muka kena dengar bebelan saya.. Hahaha

Sebenarnya, perjalanan ini memang nyata dan jelas tidak dirancang. Ikut suka pak cik saya nak pandu "isteri" kesayangan beliau, yang penting bergerak. Mencari-cari destinasi menarik di Kalumpang, tetapi hampa.. Tak jumpa, nampak sangat saya ni rajin jalan sepanjang duduk di UPSI kan?? Nampak pula papan tanda "Bukit Fraser". Lagilah tak pernah pergi, Tapi hati ini memberontak nak pergi. Jadi, ikutlah kata hati. Sebelum sampai, macam-macam yang ada dalam fikiran, mesti seronok kan, orang ramai, sejuk dan macam-macam lagilah.. Tetapi dalam perjalanan pun banyak cabaran.. Hihi.. Dengan jalan yang agak bengkang bengkok, kecil dan agak curam, membuatkan saya hilang sabar, rasa nak patah balik. Tapi pak cik cakap, tak baik kalau dah nak sampai, kena patah balik. Jadi teruskan. Sebenarnya, kepala dah teramat pening, perut dah berkocak2,rasa mual sangat, rasa nak terkeluar isi perut, tapi kena tahankan.. Hahaha..Yang peliknya, kenapa tak ada kereta lain pun selain kami? Betul ke jalan yang kami lalu ni?? Eeeii.. Seram pulak.. Jalan punya jalan, hampir 1 jam, sampai juga kami ke destinasi tersebut :BUKIT FRASER". Cantik, sejuk, banyak bunga tetapi yang menyukarkan ialah keadaan di sana, hujan turun dengan agak lebat. Waaaa... Tak boleh amik gambar banyak-banyak. Dah lah ini kali pertama dan terakhir pergi tempat ni.. Layan jer gambar, tapi tak banyak pun, hujan kan..
Hujan.. Tapi Pak cik paksa amik gambar.. Kikikiki
Saya macam muka berlagak kan?? hihi

Tengok pemandangan.. Cantik!!!

Pak cik p main jauh2..
Pak cik sila pilih... Saya atau "dia"??? Huhu

--> Patutlah tak ada kereta lain, rupanya jalan sehala.. Kikiki.. Tambah-tambah lagi hari selasa, Perak je cuti, negeri lain tak cuti.. Ok2, terlerai kemusykilan.. Huhu
# Terima kasih ya En Shaffie..

Sunday, April 17, 2011

Kaunselor..

Saya bukan mahu menukar bidang daripada bahasa Melayu kepada bidang Kaunseling.. Jauh sekali mahu menjadi pakar kaunselor yang akan menggantikan Doktor Fadzilah Kamsah. Erk?? Tak layak bebenor kan??? Saya cuba untuk menjadi penasihat yang baik kepada sahabat terdekat, menasihati yang termampu tanpa menyakiti hati sesiapa pun. Seronok sekiranya nasihat yang diberikan dapat diterima dengan baik oleh pihak yang dinasihati. Tetapi gusar lebih menguasai diri, gusar sekiranya nasihat yang diberikan mendatangkan mudharat pada sesetengah pihak. Jauhkanlah.. Bukan mudah sebenarnya menjadi penasihat yang baik kepada seseorang, lagi-lagi kepada sahabat yang rapat dengan kita. Tapi akan cuba yang terbaik. Semoga beliau dan pasangannya berbaik seperti sediakala. InsyaAllah.. Amin..


Boleh ke saya jadi kaunselor??


--> Sempat juga meluangkan masa dengan blog kesayangan. Sejak akhir-akhir ini, badan rasa tak sihat je. Kaki dan tangan sejuk2. Tulang-temulang rasa betul-betul sakit. Macam ada yang menikam-nikam. Mungkin kerana perubahan cuaca. Terpaksa menelan ubat yang sedia ada pahit, dah nak habis sepapan.. Tak pernah-pernah. Tak taw nak luah kat sape, jadi luah kat sini.. Hehehe.. Kena memahami pak cik.. Hemmm..


Saturday, April 9, 2011

Peperiksaan Dah Dekat, Tapi...

Walaupun peperiksaan hanya tinggal beberapa hari lagi..
Namun, saya masih bersuka-ria dengan blog & facebook..
Hah!!! Jangan sudah terhantuk baru tengadah sudah lah kin..
Kenapalah buku semantik sukar untuk difahami? 
Memang semantik & pragmatik sungguh..


Kalaulah emak berada di depan mata, tenang rasanya..
Kalaulah emak ada di kala duka, semestinya bertukar menjadi suka..
Sayang Emak Sampai Akhir Hayat Saya..


--> Sesetengah perkara itu kita kene luahkan...Sesetengah perkara itu kita perlu simpan..Sesetengah perkara itu kita boleh kongsikan...Sesetengah perkara itu kita harus lupakan..Sesetengah perkara tu kita selalu abaikan..

Friday, April 8, 2011

Bersediakah saya??

Sedar tak sedar, sudah hampir ke penghujung semester ini..
Semakin hampir dengan peperiksaan akhir..
Kian hampir juga dengan praktikum..
Seperti tidak percaya, tanggal 9 Mei 2011, saya akan menjejakkan kaki ke sekolah sebagai
seorang guru. InsyaAllah..

Semakin hampir harinya, semakin gusar hati ini..
Sudah bersediakah saya menjadi seorang guru??
Sudah penuhkah ilmu di dada bagi mendidik anak bangsa??
Mampukah saya menjadi guru yang baik kepada anak murid??
Ya, pelbagai persoalan yang muncul di benak ini.

InsyaAllah.. Saya mampu menjadi seorang guru yang baik, walaupun bukan yang terbaik..
--> Sebelum menjadi guru yang baik, saya perlu menjadi pelajar yang baik..
Semoga berjaya kepada saya dan rakan-rakan dalam peperiksaan akhir ini..
Buat yang terbaik..




Saya Kenal Anda..

Sejak berkawan hampir 2 tahun, saya semakin memahami anda..
Anda seorang yang agak pemalu.. Agak pendiam, bercakap dengan orang yang dikenali sahaja.
Tetapi kalau sudah mengenali seseorang dan rapat dengannya, secara automatik anda akan
menjadi seorang yang banyak cakap. Ada sahaja yang ingin disampaikan.


Anda jangan risau, anda pasti boleh membiasakan diri..
Anda boleh buang sifat pemalu itu..
Saya amat yakin dengan anda..

# Saya percaya dengan anda, anda suka menolong..
--> Jadi, jika hendak menolong, kita perlu tolong sehingga mencapai matlamat.. InsyaAllah..

Tuesday, April 5, 2011

Bila saya dah gatal..

Saya suka bebenor lihat gambar tunang, kahwin kawan-kawan dalam "mukabukuku".
Lagi-lagi kalau ada tema ungu.. Bertambah-tambahlah geram..
Betul!! Tak tipu, cantik sangat.. Bila hantaran mereka bertemakan ungu..
Ungu + hitam = Elegant
Ungu + putih = nice
Ungu + merah jambu = gorgeous

Ceh!! Gatal saya kan?? 
Mana ada, memikirkan masa depan je.. Hihihi


Pertunangan Kak Azimah


---> Saya suka, kalau sahabat tak suka.. Sila tekan pangkah..





---> Beralih kepada kek pula, semua warna ungu ya..





---> Cantik kan?? Mestilah.. Hehehe
* Saya suka-suka sahaja, tiada makna tersirat yang terkandung di dalam ini.. Sekian..




Monday, April 4, 2011

Doaku..

Klik untuk tumbesaran

---> Percayalah awak.. 
Tiada insan lain yang hadir ketika ini..
Jika benar ada insan lain, tentu sekali tidak saya buka pintu hati ini buat awak..
Kesedihan singgah di hati ini tika kepercayaan awak tiada terhadap saya..

** Maaf sahabat, termadah.. Jika tidak suka, tekan pangkah.. Hehe..

Suka sebelum duka..

Sudah dua hari keluar malam bersama-sama sahabat baik, Atikah & Dayah..
Yang pasti mesti kami bawa sekali seorang sahabat baik lelaki..

-->Hari pertama, keluar bersama Mazlie Muhamad..
- Terima kasih kepada beliau kerana sudi keluar dengan kami & menghabiskan
duit gaji.. Hehehe..
- Kami doakan Mazlie berjaya dalam bidang tersebut.. Amin..

--> Hari kedua, keluar pula bersama Muhamad Shahir Abu Bakar..
- Terima kasih belanja kami burger..
- Macam sistem barter pula. (Durian vs Burger)
- Seronok berkongsi cerita,rahsia dan sebagainya..


Fb : Muhamad Shahir

Fb : Bunga Tayar

Fb : Atikah Mustapa
---> Patutlah marah sangat-sangat, skodeng blog kesayangan saya ya.. Jeles yang amat rupanya, tapi tak mahu mengaku.. Takpa2, cemburu maknanya sayang sangat-sangat kan?? Kikikiki

Sunday, April 3, 2011

Orang Asing.. Makhluk Asing,,

Bagaimana perasaan diasingkan??
Perit bukan??
Ya, amat perit..
Orang asing tidak perlu tahu semua perkara.. 
Ingat!!! Simpankan di dalam ingatan jangka panjang...

Tidak Tahu Di Mana Khilafnya..

Setiap orang pasti mempunyai khilaf yang tersendiri..
Walaupun hanya sebesar hama, kekhilafan itu muncul daripada diri kita sendiri..
Kenapa datangnya khilaf itu? Kerana, setiap manusia tidak sesempurna mana..
Mungkin kita tidak sedar akan kekhilafan kita itu, tetapi dalam masa yang sama pasti ada 
orang lain yang menyedarinya..

Namun, perasaan sedih dan memeritkan hadir tatkala kekhilafan yang kita lakukan menyakitkan hati
dan perasaan insan lain..
Sukar untuk menggambarkan rasa hati ini. 
Walaubagaimanapun, kekhilafan itu perlulah segera dibetulkan..
Tetapi bagaimana?? Jika kita sendiri tidak tahu di mana kekhilafan yang telah kita lakukan..


--> Awak, tolong beritahu apa kekhilafan saya?? Saya boleh betulkan dengan segera..