Monday, June 27, 2011

Bila dilabel..

Bila dilabel sebagai perempuan miang, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini..
Tahu perasaan seorang wanita yang dituduh miang dengan lelaki lain.
Dituduh pelbagai perkara yang tidak dilakukannya.
Lebih sakit apabila kesakitan ini terpaksa disimpan sendirian,
cuba memendam dan lupakannya selama-lamanya.

Ya Allah,
Hanya padaMu kubermohon,
kuatkan jiwaku,
kentalkan hatiku,
agar menerima segala tuduhannya.

Ya Allah,
Aku berharap padaMu,
Engkau tetapkan hatinya padaku.
Namun, jika tiada,
aku akan redha segalanya..

Friday, June 24, 2011

Khilaf saja..

Perkara yang kecil kenapalah saya suka besar-besarkan??
Entahlah.. Mungkin itu kelemahan saya yang paling besar.
Kelemahan yang membuatkan orang yang berada di sekililing saya berasa bosan.
Menjadikan orang sekeliling bertambah marah.


Sekarang, saya hanya mampu berserah dan berdoa.
Agar saya boleh berubah.
Agar saya kurang melakukan kekhilafan.


# Tapi saya manusia biasa, banyak kekhilafan..



Thursday, June 23, 2011

Hai lah hati...

Hai lah hati,
Kenapa kau begini??
Gundah gulana tidak bertepi,
Mencari sesuatu yang tak pasti.


Hai lah hati,
Sampai bila harus begini?
Kian hari semakin sepi,
Menangis lembut di lubuk sunyi.


Hai lah hati,
Perasaan salah menghantui diri,
Rasa bagai beronak duri,
Patutkah aku mengundur diri??


# Kalau saya lepaskan dia, tentu dia lebih bahagia kan??

Tuesday, June 21, 2011

Guru..

Sedar atau tidak, rupanya sudah 4 minggu saya bertugas sebagai seorang guru
di sebuah sekolah di Negeri Sembilan (SMK Kampung Baru Si Rusa)
Masa masih berbaki 10 minggu..

Ya, saya amat akui bahawa kerjaya sebagai seorang guru merupakan satu tugas yang amat mencabar.
Memilih kerjaya sebagai seorang guru memerlukan saya mempunyai 
kekuatan dari segi fizikal dan mental. Ya.. Amat penting.

Berdasarkan pengalaman 4 minggu berada di sekolah, secara jujurnya 
emosi saya turut terganggu. Saya akui, saya hampir terjatuh dan mahu
beralih kepada bidang lain selepas mengalami beberapa kejadian.
Namun, saya masih mempunyai kewarasan. Saya membuat kesimpulan
sendiri bahawa kejadian yang berlaku adalah adat resam seorang pendidik.
Diberi tugas untuk mendidik tingkatan 1 Gemilang dan 4 Arif bagi mata pelajaran
bahasa Melayu. Tugasan yang diberikan memerlukan saya untuk lebih 
kreatif dan bersemangat. 

--> Tingkatan 1 Gemilang
* Terdiri daripada 36 orang pelajar
* Merupakan kelas kedua akhir
* Terdiri daripada pelajar yang amat aktif dan banyak bercakap
* Sebilangan besar adalah pelajar yang lemah  membaca.
* Masih kebudak-budakan
* Perlukan perhatian lebih

--> Tingkatan 4 Arif
* Terdiri daripada 19 orang pelajar
* Merupakan kelas pertama
* Pelajar lelaki suka "loyar buruk"
* Suka bertanya
* Masih boleh digilap
* Juga perlukan perhatian

# Saya mahu menjadi guru yang garang.. Tetapi berjayakah saya???


Thursday, June 2, 2011

Tentu menyampah kan??

Wanita dan merajuk memang tak boleh berpisah kan??
Di mana ada wanita, di situ pasti ada merajuknya.
Nasiblah wahai lelaki kalau mengenali kaum wanita yang kuat merajuk.
Tentu menyampah kan???
Tapi kami wanita bukan sengaja, merajuk yang tak nak berpisah dengan kami.. 
Bukan wanita tak cuba untuk tidak merajuk, tapi dah memang sifat semulajadi kami kan..
Jadi, kalau kaum lelaki dah menyampah dengan kaum wanita yang kuat merajuk, cakap terus terang..