Wednesday, January 19, 2011

Rindunya buah hati saya..

Buah hati saya a.k.a anak-anak buah saya ya.. Ada 13 semuanya, tapi simpan meninggal seorang. Jadi tinggal 12 orang.. 7 putera, 5 puteri (Huh!! Agak lama saya kira hinggalah dapat jumlah yang betul.. Hehe). Saya betul-betul sayang mereka.. Walaupun mereka agak buas nakal hingga ada kalanya membuatkan saya bertukar kepada singa betina naik angin.

# Apabila mereka berada dekat dengan saya, mereka mampu dan dengan jayanya menukarkan sifat kelembutan saya kepada keganasan (Tetapi tidaklah sampai kepada penderaan kanak-kanak).. Setakat besarkan mata dan mengejar mereka keliling rumah sudah menjadi rutin harian saya..

# Apabila mereka jauh pula dari pandangan mata saya, perasaan rindu makin menebal dalam diri saya.. Saya betul-betul rindu akan mereka. Rindu untuk :
* Mendengar jeritan mereka.
* Mengejar mereka keliling rumah (Sambil membawa penyapu.. Haha)
* Mengemas rumah bila mereka merasakan rumah mak abah saya sesuai untuk dijadikan khemah.
* Membebel apabila mereka melawan kata.
* Memberi kata nasihat setelah mereka sedikit alpa dalam pelajaran.
* Menjadi pendengar yang setia kepada setiap permasalahan mereka.
* Menjadi chef tidak bertauliah kepada mereka.
* Menjadi kaunter pertanyaan bagi menjawab semua persoalan mereka.
* Menjadi cikgu yang serba kekurangan apabila mereka mengalami masalah dalam pelajaran.
* Memeluk cium mereka... (Bagi buah-buah hati yang masih kecil.. Yang besar, awal-awal lagi mereka dah lari kalau saya kata nak cium..)
* Tumpang sekaki menonton cerita kartun pilihan mereka.. (Nak tengok sorang2 kan kurang seronok)
* Apa lagi ya??  Dan Banyak lagi... 

** Nanti saya ceritakan seorang demi seorang tentang mereka.. 
# Saya rindu juga kepada buah hati yang lagi satu.. Hehe..

No comments:

Post a Comment