Monday, February 28, 2011

Sudah sampai masanya..

Cuti persekolahan merupakan tarikh yang paling di tunggu-tunggu oleh para pelajar..
* Saya pun macam itu juga dahulu.. Anda pun.. Saya pasti.. 

Cuti persekolahan juga tarikh yang ditunggu-tunggu oleh bakal mempelai @ pengantin..
Mereka memilih cuti sekolah untuk mengikat ikatan pernikahan atas beberapa sebab.. 
Antaranya :
--> Saudara-mara yang jauh boleh menghadiri majlis tersebut tanpa memikirkan keselamatan anak-anak mereka di rumah.. Yelah.. Cuti sekolah, anak-anak boleh ikut sama..

Sehingga saat ini, saya menerima empat undangan perkahwinan daripada sahabat seperjuangan suatu ketika dahulu, iaitu :

1) Zaitun Binti Md.Jidi
- Sahabat yang agak rapat ketika di tingkatan 4 dan 5..
Entah bagaimana terputus hubungan selepas itu.. Mungkin salah saya sehingga dia enggan memandang muka saya apabila bertembung..
- Alhamdulillah.. Hubungan kami kembali rapat kini.. Hinggakan beliau meminta saya menjadi pengapitnya pada majlis persandingannya nanti..
--> Maaf Eton.. Bukan tidak sudi menghadirkan diri, Siapa yang tidak mahu melihat sahabatnya sendiri di hari bahagianya..

2) Siti Syuhaidah
- Sahabat semasa di tingkatan 4 dan 5
Berbeza kelas namun ikatan persahabatan terjalin hingga kini..
--> Maaf siti.. Tidak dapat hadirkan diri di majlis bahagiamu.. Kekangan masa dan jarak..

3) Naimul Azim
- Junior di SMKBT kalau saya tidak silap..
- Acapkali terlihat mukanya tetapi tidak pernah bertegur sapa..
- Agak awal mendirikan rumah tangga (Bagi seorang lelaki.. 20 tahun kalau tak silap)
--> Maaf dik.. Akak jauh lah..

4)  Ali Hud
- Senior semasa tingkatan 4.. Dia tingkatan 5..
- Kelas sebelah-sebelah je.. 
* Dia admire saya dulu.. Hihihi.. Sssshhhh...
- Kalau saya tahu dia akan berkahwin secepat ini, saya terima dia dahulu.. Kikiki
* Takda maknanya lah.. Tak pandai bercinta zaman sekolah..
--> Buat Ali.. Bukan aku tak nak datang.. Pelamin Anganku Musnah pun bukan ya..Lain kali pilih tarikh bila aku cuti semester taw.. Baru aku boleh datang.. Kikiki

-------> Kepada bakal mempelai, saya hanya mampu titipkan doa buat kalian.. SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT.. Amin..


Buat kalian, bakal mempelai..

Sunday, February 27, 2011

Laksam!!!

Alhamdulillah... 
Terlepas juga hajat nak makan laksam..
Walaupun saya berasal dari selatan, tapi saya amat-amat menyukai Laksam..
Nyum3!!!

Laksam.. Nyum3..

Terima Kasih Cik Eda dan keluarga..
Sedap betul laksam yang mak dan awak buat..
Dah boleh kahwin.. Kikiki
Saya tahu bertapa betapa susahnya membuat laksam..
* Saya pernah juga buat.. Tang makan memang senang.. Tang buatnya jenuh!!!

Kalau nak tahu cara dan bahan membuat laksam.. Sila ke sini..

Cinta Pertama VS Cinta Terakhir..

Cinta pertama??
Ishk!! Sejak dua menjak ni, entry  Cik Ekien tentang cinta je kan.. Memang gedik!!!

Kata orang, bukan saya kata ya..

 ~ ~ Lelaki sukar melupakan cinta pertama ~ ~

--> Walaupun mereka disakiti ketika ditinggalkan.. Mereka tak akan lupakan cinta pertama mereka.
Sampai sekarang mungkin.. Masih nak tahu perkembangan cinta pertama mereka, walaupun dah berkahwin dan bakal bergelar ibu. 
--> Si lelaki akan cakap yang mereka sudah 100% melupakan cinta pertama mereka.. Tapi bukan 100%, mungkin hanya 30%.. Berdasarkan pengalaman sendiri.. Hihi.. Kalau dah lupakan 100%, takkanlah masih berhubung dengan keluarga cinta pertama kan?? Untuk mengetahui perkembangan si dia..


** Beruntunglah menjadi cinta pertama si lelaki kan??


Cinta Terakhir

~ ~ Wanita pula sukar melupakan cinta terakhir ~ ~

--> Mungkin ada yang menyangkal penyataan di atas.. Ya, ada juga wanita yang sukar melupakan cinta pertama mereka.. Tetapi wanita lebih sukar melupakan cinta terakhir mereka..
Kenapa begitu?? Tengok jelah kaum wanita yang kehilangan suami(meninggal dunia) , mereka sukar hendak mendirikan rumah tangga semula.. Kerana suami mereka adalah cinta terakhir mereka..Kalau ada pun, hanya sebilangan kecil..


** Beruntung kan menjadi cinta terakhir si wanita??

## Apa yang saya katakan di sini tidaklah 100% benar.. Mungkin ada benarnya, ada tidaknya.. Ini semua hanya pendapat saya.. 
--> Bila cinta, semua manis belaka.. Bila benci, semua pahit pula..

Saturday, February 26, 2011

Satu keperluan..

Kadangkala cemburu itu perlu bukan??

Sebagai penanda aras kasih sayang kita kan..
Hehe.. Belajar mana ntah ekien nie..

Tapi kadangkala cemburu itu membawa bencana..
Jadi.. Kawal-kawallah api cemburu anda

Saya akui, saya agak cemburu..
Tapi tak lah kuat sangat.. Sedang-sedang sahaja.

Saya amat-amat memerlukan emak saat ini..

# Siapa saya sehingga setiap masalah diceritakan kepada orang lain
Tidak berfungsikah saya??

# Siapa saya sehingga kepercayaan anda hilang dengan sekelip mata
Terlalu jahatkah saya di mata anda??

--> Ya.. Saya tahu anda kenal dia dahulu sebelum mengenali saya.. Tetapi adakah masalah anda hanya perlu diceritakan kepada dia.. Bukan kepada saya?? Sekarang, saya hanya perlu memahami anda.. Saya tolak tafsiran negatif itu.. 

MAAF!!! TERLALU EMOSI.. Hehehehe

Friday, February 25, 2011

Perpisahan..

Semua orang pasti tidak mahu perpisahan..
Cakap2!! Siapa yang suka akan perpisahan??

Bukan saya yang berpisah ya.. 
Tapi sepasang kekasih yang amat mencintai satu sama lain suatu ketika dahulu..
Saya pernah ceritakan serba sedikit tentang mereka di sini..

Saya bukan mahu mendoakan perpisahan mereka..
Benar.. Jauh di sudut hati saya, saya mahu melihat sejauh mana hubungan mereka..
Hubungan yang diagung-agungkan selama ini.
Di mana perkara yang salah turut dibetulkan..

Melihat carutan dan makian si gadis kepada bekas teman lelakinya..
Benar-benar membuat saya tergamam..
Mana cinta yang mereka agung-agungkan selama ini??
Sudah hilangkan janji manis yang ditaburkan??
Bukankah cacian dan makian itu untuk saya suatu ketika dahulu??
Bukan untuk si teman lelaki yang dicintainya..
Bukankah suatu ketika dahulu, saya disalahkan atas perbuatan "BIJAK" teman lelakinya..

Kini, saya amat bersyukur.. Bukan kerana perpisahan itu.. 
Tetapi kerana si gadis boleh berdiri di depan cermin, lalu melihat "KEBAIKAN" si jejaka yang dicintai suatu ketika dahulu..

Cinta bukan segala-galanya..
# Bila seseorang itu mencintai, dia akan mempertahankan si pasangan. Pahit yang seribu akan tenggelam dek manisnya yang satu. Tetapi jika cinta itu telah hilang, Manis yang beribu tidak mampu menutup pahit yang satu..


Thursday, February 24, 2011

Kekuatan..

KEKUATAN

Saat diri ini dikecewakan
suatu ketika dahulu,
Kekuatan hadir membimbingku.
Tika diri ini penuh kesedihan,
kekuatan datang membantuku.

Bila kekecewaan datang kembali kepadaku,
Aku seru kamu duhai kekuatan
Datang padaku,
Bimbinglah aku,
Bantulah aku,
Agar aku bisa berdiri teguh
Seteguh cintaku kepada-NYA.

# Baiklah.. Saya telah menjual kerepek di malam hari..

Wednesday, February 23, 2011

Tahniah!!

Sudah dua hari bermalas-malasan untuk menaip entry..
* Tugasan pun tak buat.. Haish!!!

Entry kali ini, hanya ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam STPM...
* Daerah Kulai merupakan daerah terbaik di negeri Johor

Semakin cemerlang SMKBT..Tahniah juga kepada cikgu-cikgu yang berjaya mendidik saya dan mereka..
* Jasa guru sukar untuk saya balas.. Hanya doa yang mampu saya titipkan..


Sunday, February 20, 2011

Cepatlah masa berlalu..

Dua tiga hari ini beliau terlalu sibuk..
* Encik Shaffie

Nak mesej..
* Hantar 10, 1 sahaja dibalas..

Telefon?
* Jauh sekali.. Kalau dapat pun, seminit dua..

Bukan saya tidak bersyukur.. Kadang-kadang mula tidak memahami beliau..
* Ishk!! Saya dah janji dulu akan memahami beliau..

Saya akan lebih memahami beliau.. Itu janji saya..
* Teringat dulu pesan abang beliau, kena memahami tugas tentera seperti mereka.. Tidak selalu mempunyai masa..


# Dapat bercakap sebentar tadi. Beliau memohon maaf atas kesibukan beliau.. Saya salah dengar ke, suara beliau seakan-akan menahan dirinya daripada menangis.. Awak dah janji sebulan dua sahaja, awak akan sibuk.. Selepas itu, akan kembali normal.. Kalau tak normal juga, saya cari orang lain.. kikiki...Saya maafkan awak.. Awak bukan sengaja mencari kesibukan, kesibukan yang mengejar awak kan..

UNDI2!!

Musim pilihan raya..

Semua sibuk dok berkempen..

Macam-macam manifesto yang di bawa..

Macam-macam janji yang ditabur..

Tapi itu semua kata-kata manis mereka..

Untuk mendapatkan undian daripada semua mahasiswa/wi..

Jadi, buatlah pilihan yang betul..



"SAYA TAK PAKSA ANDA PILIH SAYA, TAPI UNDILAH SAYA"

Kalau fikir-fikir balik, Eh!!! Saya pun pening lah..

# Yang penting, untuk tidak memeningkan kepala saya.. Saya akan mengklik sahaja nama yang saya suka pada skrin laptop Saya dah tahu mahu undi siapa, berdasarkan pengamatan saya yang tidak seberapa..Sekian..

Friday, February 18, 2011

Kerana sayang Kak Ti.. Hehe

Sebab sayang dekat Kak Ti, jadi saya jawab tag dia..

25 je?? Ingatkan 100..
*Hahaha.. 25 pun terkulat-kulat nak jawab..

1. Semestinya saya sayang mak & abah, abang2, kakak2, anak2 buah & dia.

2. Saya seorang yang agak tegas.. Kikiki

3. Kadang-kadang saya kelakar juga

4. Suka sangat makan nasi lemak kukus

5. Suka minum milo cincau + laici susu

6. Baru berjinak-jinak dalam dunia blog

7. Kalau saya merajuk, sekejap je..

8. Saya suka minum susu gak.. Dutch lady ok..

9.Nak anak kembo.. hihi

10. Suka kanak-kanak.. Terutama baby2..

11. Kuat tido.. Lagi2 tak ada roomate

12. Takut akan ulat gonggok dan seangkatan dengannya.. Eeeiiii..

13. Anak manja.. Hehe

14. Fobia terhadap subjek sains..

15. Sangat2 merindui emak

16. Anak bongsu daripada 7 orang adik beradik
*2 bunga, 5 kumbang

17. Sayang nurin & anis

18. Sayang eda, dayah, eni & aida

19. Dalam proses mengubati 3S

20. Jap2.. Saya kuat merajuk..
*Dengan dia je.. Hihi

21. Abang-abang suka dengki saya
*Eleh.. Kalau jauh, sibuk tanya bila nak balik..

22. Suka jalan-jalan

23. Tak sabar nak jadi cikgu

24. Tak sabar nak kawin.. Hahaha

25. Dan akhirnya.. Sayang Kak Ti juga..


# Yes2!!! Dapat jawab.. Penat2.. Lain kali bagi lagi taw Kak Ti.. Hehe

Thursday, February 17, 2011

Kenapa perlu mengalah sebelum melangkah??

Saya pelik dengan segelintir rakan yang mengeluarkan status sudah berputus asa terhadap kerjaya sebagai seorang guru. Saya tahu dan amat memahami, kenapa isu ini menjadi bualan hangat pada masa kini. Ini semua gara-gara praktikum.. Terdapat beberapa masalah yang menjadi perbualan kami sehingga ke hari ini. Telah saya bicarakan sebelum ini di sini. Tetapi, kenapa perlu kita berhenti setelah hampir sampai ke penghujungnya??

Saya akui, ramai yang hampir berputus asa, tetapi adakah perkara ini tiada jalan penyelesaian dan seterusnya anda mengalah. Dan akhirnya mengeluarkan status yang kurang enak dibaca. Saya tidak marah kepada anda, anda mempunyai sebab yang tersendiri. Percayalah wahai sahabat, perjuangan kita di masa hadapan akan dikenang sehingga akhir nafas. Hidup penuh ranjau akan bisa kita hadapi suatu hari nanti..

Sekali melangkah.. Jangan sesekali berhenti..

# Bersabarlah duhai sahabat.. Andai guru adalah kerjaya yang anda pilih dari dulu lagi. Berusahlah untuk mengejarnya.. Jangan mengalah sebelum kita mula melangkah.. Kita sama-sama mendaftar sebagai pelajar di hari yang sama.. Maka kita juga akan keluar sebagai pendidik bersama-sama suatu hari nanti..

ENCIK!!!

Encik!!

 Tolong pulangkan telefon buah hati pak cik saya boleh tak??

Saya nak cakap dengan dia..

Saya nak gaduh dengan dia..

Saya nak marah-marah dia..

Saya nak membebel kat dia..

Ke Encik nak dengar semua itu??
* Eeeii.. Saya gurau jer.. 

Cepatlah pulangkan...

# Batuk yang semakin menjadi-jadi.. Tapi aktif pada sebelah malam. Siang hari bagi saya menuntut ilmu dengan jayanya..


Wednesday, February 16, 2011

Tak Sabar..

Tiba-tiba tak sabar untuk...

"

"

"

"

"

"

"

"

PRAKTIKUM...
* Gediks taw ekin nie.. Tugasan sem ni pun masih menggunung.. 

* Saya kurang bijak Bahasa Inggeris.. Saya nak jadi Cikgu Bahasa Melayu.. Nak ganti Cikgu Muzayanah.. Hehe

BAHASA JIWA BANGSA!!!! HIDUP BAHASA MELAYU.. :-)

# Adakah saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang guru??
Tak sabar, tetapi gusar, takut.. 

3S???

3S??

Bukan 3R taw..

Apa 3S?? Santau, sihir & saka..
* Saya takut akan semua itu.. Tapi saya kena hadapinya..
Sekarang, saya takut nak beli makanan.. Takpa2, saya diet.. Hehe

Tak sangka, 3S itu mendampingi saya..
* Keluarga saya juga.. Tapi keluarga hanya 2S.. Perlu lebih banyak kekuatan untuk melawannya..



Besar juga dugaan Allah terhadap saya..
* Alhamdulillah.. Saya dalam usaha untuk mengubatinya..

Semoga Allah memberi kesembuhan kepada saya..
* Agak lama menderita.. Pelbagai rasa.. 

# Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya.. 

 * Kita hanya berusaha..Semuanya terpulang kepada Allah s.w.t

Tuesday, February 15, 2011

La Tahzan..


Bila kau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kau telah mencuba sedaya-upaya .. bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air matamu..bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu, ALLAH setia di sisimu, bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak menjadi tahu tujuan, ALLAH ada jalan penyelesaiaannya, bila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa dan ALLAH adalah jawapannya.



* Saya hanya mampu berserah kepada-NYA

Perlukan Sokongan..

Saya bukan perlukan wang yang banyak..

Saya tidak inginkan emas berlambak-lambak..

Saya hanya perlukan sokongan daripada orang-orang sekeliling..

Agar saya berjaya melawan perkara tersebut..

* Cubalah memahami saya.. Kenapa perlu samakan saya dengan dia??
SAYA dan DIA insan yang berbeza...

SAYA =HITAM
DIA = PUTIH


# Alhamdulillah..Selesai sesi tadi.. Semoga saya sembuh seperti sedia kala..
Badan mulai sakit saat entry ini ditulis.. 
*Hanya Allah sahaja yang tahu..
Ya Allah... Berikan kesembuhan kepadaku.. Amin...

Monday, February 14, 2011

Cinta Lama Boleh Berputik Kembali??

Cinta lama saya akan berputik kembali??

Semestinya tidak.. Cinta untuk dia sudah tidak ada..

Dia sudah ada kehidupan sendiri.. Dan saya pasti dia lebih bahagia dengan pilihannya..
* Terjumpa barang pemberian dia.. Nak simpan, tak patut.. Nak buang, lagi tak patut.. Apa harus dilakukan??

Tetapi..

Mungkin cinta baru saya masih sayangkan cinta lamanya kan??
* Tak faham?? Alah.. Bekas awek @ secret admire.. Hahaha



Tidak mustahil cinta lama mereka berputik kembali kan? 

# Mungkin kerana kesihatan yang tidak menentu, perasaan saya turut berubah..
SAYA TIDAK MENYAMBUT "VALENTINE DAY"

* Harap maaf.. Saya telah merepek..


Ya Allah.. Engkau sembuhkanlah penyakitku... Amin..

Salam Maulidur Rasul..

Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam..


# Mengapa isu agama itu diperbesarkan?? 

Sunday, February 13, 2011

Kami akan usahakan..

Mengenai petempatan praktikum...

Kami akan usahakan sedaya upaya..
* Kami hanya insan kerdil.. Kalau suara kami didengar, Alhamdulillah..
Kalau tidak, kami minta maaf.. Kami telah berusaha.




Kami hanya membantu dalam mencari nama sekolah.. Selebihnya terpulang kepada anda..
*Jika mampu, kami dengan rela hati mahu menguruskan petempatan anda yang sejumlah 120 orang.. Tetapi kami tidak mampu, kami minta maaf..



Kami laksanakan tugas semampu yang mungkin.. Maaf jika tersilap..
* Jika banyak kesilapan, kami mohon maaf.. Kami akan meletakkan jawatan hanya dalam beberapa ketika sahaja..
Setelah kepimpinan baru dicari..

Wahai sahabat yang kami sanjungi,
Jawatan yang ada tidak diangan,
Amanah diberi kami junjungi,
Salah dan silap diingat jangan..




Saturday, February 12, 2011

Lafaz yang tersimpan..

Rindu betul dekat mak...

Mak!! Nak balik.. Nak bual-bual dengan mak..

Kalau saya ada teman sebilik..Mungkin saya tak sedih macam ini...


Tiba-tiba teringat lagu UNIC "Lafaz Yang Tersimpan"

Mari makan nasi minyak..

Ishk!! Sedap betul nasi minyak tadi..

Rasanya tak cukup sepinggan..

Kami apa lagi.. 

Tambah sepinggan lagi..
*Sempat ambil gambar taw.. Search google..huhu



Rugi betul siapa yang tak pergi tadi...
*Kita semua lah.. Hahaha

Sama cantik, sama padan pengantin tadi kan??
* Cis!!! Tengok dalam kad je.. Hehe


# Buat Nor Eda, Noor Hidayah, Atikah, Maslizaini & Noraida.. Takpa2.. Kita aku kawin, kita makan nasi minyak banyak-banyak ok.. Huhu

# Minta maaf pada Prof. Mana Sikana, kami tak dapat datang.. Kami tak bersalah..


Friday, February 11, 2011

Nama Sekolah..

Saya diberi tugasan baru..
Bukan assigment ya..

Menyenaraikan nama sekolah yang bakal menempatkan kami untuk menjalani latihan mengajar selama 4 bulan..
Tugasan yang dilaksanakan dengan rela hati.. Hehe

Banyak betul nama sekolah yang kami jumpa
Berdasarkan daerah yang ditetapkan

Dalam enak-enak mencari, ada beberapa sekolah yang namanya pertama kali saya dengar..

Unik di pendengaran saya..

Antaranya :

1) SMK KAMPONG BARU SI RUSA, Port Dickson
Unik kan??

Jumpa papan tanda sekolah rendah je.. Boleh lah kan??

2) SMK CHUNG CHING, Raub
Sebut betul-betul

3) SMA AL-ULUM ADDINIAH, Raub
Agak sukar menyebutnya..


# Nasib baik saya hanya mencari untuk beberapa negeri, kalau satu Malaysia, mungkin banyak lagi nama sekolah yang unik akan saya jumpa.. Sekian..

Thursday, February 10, 2011

Lupakan saya

Sejak ada Dia..

Awak semakin lupakan saya..

Awak dah kurang mengambil berat tentang saya..

Awak kurang memahami saya..

Awak kurang prihatin terhadap saya..

Agak terkilan saya dibuatnya..


# Saya tak beritahu orang lain selagi tidak diberi arahan...

Ketua Rumah owh Ketua Rumah !!

Banyak tugas ketua rumah


Antaranya :

1. Mengadakan mesyuarat tergempar

2. Mengira perbelanjaan rumah
Saya memang hebat mengira duit..

3. Mengutip perbelanjaan rumah
Mendahulukan duit.. hehe

4. Mengisi borang rumah

5. Membayar barangan elektrik..
Takut nak ke pejabat.. 

6. Membeli barangan kelengkapan rumah
Tolonglah jangan order sahaja..Bantulah saya

7. Membuat jadual tugasan
Macam tak ada yang bertugas je.. Hemm..

8. Dan banyak lagi..


Saya letih.. Saya penat.. 

Bukan mahu merungut..



Kepenatan membuatkan saya ingin marah semua orang dalam ataupun luar rumah saya.. Saya kan ketua rumah.. Hahaha
Hah!! Puas hati saya..


# Kadangkala tolonglah memahami orang lain.. Saya bukan mahu merungut tentang tanggungjawab yang saya terima. Tetapi saya mahu orang lain turut menghormati saya..
- Hemm.. Malam ini ketua rumah wajib mengikuti program yang diadakan di kolej.. Sekian..

Wednesday, February 9, 2011

Tolonglah kami..

Praktikum diawalkan??

9 Mei 2011-Ogos 2011??

Lepas itu, masuk sem 8 pada bulan September??
Memang nampak seronok apabila pengajian yang sepatutnya mengambil masa 4 tahun dipendekkan kepada 3 1/2 tahun..

Masalahnya kini :

1 - Peperiksaan yang dijangka tamat pada 13 Mei bagaimana?
Dicepatkan kerana tiada "Study Week".. Kami juga perlukan masa untuk mengulangkaji pelajaran..
Banyak buku kami nak kena ulangkaji

2 - Persediaan yang perlu dilakukan
- Nak cari sekolah yang benar-benar menerima kami.. Tentu sekolah yang baru selesai mengambil senior kami sebagai guru praktikum, tidak mahu menerima kami lagi.
- Nak cari rumah yang berdekatan sekolah.. Bukan perkara yang mudah ya.. Lainlah kalau kami boleh menjalani praktikum di sekolah lama.. Sudah tentu masalah rumah tiada.

3- Proses penempatan 
- Dengar-dengar UPSI akan mengadakan konvo setahun sekali..
-Sebelum ini, 2 kali setahun
- Kalau begitu, apabila kami selesai pengajian pada bulan 1 tahun 2012, kami seharusnya menunggu sehingga beberapa bulan untuk menerima segulung ijazah..
Oleh itu, adakah pihak Kementerian Pelajaran akan menempatkan kami di sekolah dengan kadar segera?

# Kenapa kami yang hanya insan kerdil mampu melihat beberapa masalah di atas, namun pihak pengurusan seolah-olah memandang enteng?? 

Tolonglah kami wahai pihak pengurusan...
Pertimbangkanlah semula keputusan kamu..

Rindu MEREKA!!!

Bila balik rumah je, secara automatik saya nak jumpa mereka...

Saya nak peluk + cium mereka...

Nak dengar bicara mereka...

Kalau boleh nak bawak mereka duduk dengan saya..

Jadi teman sebilik saya..
Maklumlah tak ada roomate..

Rindu mereka...


~ Nor Adila Binti Norazlan (3 Tahun) ~



~ Nur Farisya Qistina  Binti Madzar (5 Bulan) ~


~ Muhammad Izzat Azim Bin Mosri (6 Bulan) ~ 

# Cuti seminggu yang lepas banyak dihabiskan bersama mereka..
Nanti cik kin balik bulan 5, InsyaAllah.. Mesti semua dah semakin besar..


Tuesday, February 8, 2011

Agak Malas..

Saya banyak sangat assigment..
Berjuta2..Tipu noo..


Tengok!! Pembantu saya pun pening..

Tapi saya agak malas untuk menyiapkannya..
Malas, pergilah jauh-jauh.. Nanti bila encik assigment dah selesai, baru awak damping dengan saya ya..

Saya rajin kalau bab tidur.. Amat saya kesali... 

# Alor.. Ada perjumpaan pula.. Tapi mata dah ngantuk yang teramat.. Saya malas nak pergi.. Tidur lagi baik..
Hahaha.. Angan-angan je, saya s/u.. Wajiblah datang.. Adus!!
Hah!! Siapa-siapa yang belum bayar hutang, sila jelaskan ya.. Hehehe.. Saya tak suka jadi ceti...