Thursday, March 31, 2011

Jangan Telefon Saya..

Walaupun baru sahaja pulang ke rumah minggu lepas, namun saya rasa bagaikan bermimpi..
Yelah, sampai rumah pukul 2 pagi jumaat tu.. Balik semula ke Tanjong Malim  hari ahad pagi..
Tak puas nak berkongsi rasa rindu dengan emak, abah dan keluarga..
Minggu ini, dua sahabat baik akan pulang ke kampung.. Rasanya mahu sahaja bersama-sama mereka pulang ke Johor. Lagi-lagi bila keluarga akan mengadakan Aqiqah untuk Adila.. (Kambing..)
Haisshh!! Mereka berkumpul lagi.. Buat kali kedua tanpa kehadiran saya.. :-(

Kalau beritahu emak bahawa saya hendak pulang lagi pada minggu ini, apa reaksi emak ya??
Tentunya mak akan marah. Tidak sampai seminggu, sudah pulang lagi..
Almaklumlah, pengajian sudah hampir sampai ke penghujungnya, jadi perlu menyimpan duit sedikit.. Kikiki

Oleh yang demikian, saya amat-amat berharap agar keluarga tidak menghubungi saya ketika
majlis itu berlangsung..Kerana apa??
Kerana perkara pertama, saya pasti mengalirkan air mata apabila terdengar keriuhan suara mereka dihujung talian.. Saya rindu mereka..
Perkara kedua, saya tidak boleh mendengar suara buah hati yang menanyakan kedudukan saya sekarang.. Kenapa tidak ada bersama-sama mereka.. Ya.. Saya memang gembeng.. 

--> Jadi, buat keluarga di Johor, tolonglah jangan hubungi saya ketika majlis berlangsung.. Lupakan saya buat seketika.. Saya harus kuat di hadapan rakan-rakan.. Hihihi

* Tanpa saya sedar, saya telah mengguris perasaan orang lain.. Ya Allah.. Kekalkan hubungan yang telah kami bina ini.. Hubungan yang Kau redhai sampai bila-bila.. 




Pertama Kali

Sejak 6 sem melanjutkan pelajaran di UPSI, rasanya ini kali pertama saya berjaya mendaftar kursus dengan mudahnya.. Alhamdulillah...
Mungkin memberi peluang kepada saya sebagai seorang senior yang akan menamatkan pembelajaran awal tahun hadapan.. Mungkin lah..
Tetapi yang menjadi tanda tanya, kenapa senang sangat erk??
Lepas itu, kenapa tak keluar bilangan pelajar yang telah mendaftar kursus berkenaan..
Memang pelik kan..
Kami tak nak mendaftar buat kali kedua.. Tobat2!!

Wednesday, March 30, 2011

Aja aja Fighting!!!

Saya memang suka berebut dengan orang lain.. Kikiki
Berebut bas, berebut kursus..
Semualah.. Hehehe

Jadi, seawal jam 8 malam saya telah bersedia di hadapan laptop untuk berebut kursus dengan 
rakan-rakan seperjuangan.. Hihihi
Minta-mintalah KAKAK SAYA (MYSIS) tak buat masalah malam ni..

Tuesday, March 29, 2011

Daya Firasat Saya Agak Kuat..

Daya firasat saya memang kuat..
Baru sahaja saya ceritakan mengenai sahabat lama dalam entry ini,
Saya sudah mendapat pengkhabaran gembira mengenai beliau..
Tahniah buat Iman & Shafini..

Ingin Bersahabat Kembali..

Bagi saya, sahabatlah penghilang duka saya, penawar hati yang lara..
Sahabatlah tempat bermanja, tempat mengadu & tempat berkongsi rasa..
Jadi, wajarlah sekiranya saya amat menyayangi sahabat yang berada di sekeliling saya..
Takut sekiranya sahabat suka & duka saya mula menjauhi saya dan hilang dari tali persahabatan yang telah lama kami bina..

Pengalaman lampau telah menyebabkan saya berhati-hati dalam memilih sahabat..
Saya tidak ingin pisang berbuah dua @ tiga kali.. 
Entah bagaimana seorang sahabat baik mula menyatakan perasaannya terhadap saya..
Tidak dapat tidak, saya cuba untuk membina ikatan lebih daripada seorang sahabat.
Agak pelik bila perasaan sebagai sahabat bertukar kepada perasaan sebagai kekasih..
Namun, ikatan sebagai kekasih sukar untuk diteruskan.. Mungkin kami lebih selesa membina ikatan dalam persahabatan sahaja..

Pengalaman lampau inilah yang membuatkan saya takut untuk mempunyai sahabat baik berlainan jantina. 
Saya fikir, jika saya dan dia berpisah sebagai kekasih, kami masih boleh meneruskan hubungan sebagai sahabat. Tetapi, hubungan kami semakin hari semakin renggang.
Jauh di sudut hati, memang sudah tiada rasa cinta terhadap dia, namun rasa ingin bersahabat semula masih terpendam.. Banyak persoalan yang sering bermain di minda saya..
--> Sudikah dia berkawan dengan saya kembali?
--> Adakah dia sudah memaafkan saya?



---> Awak, boleh tak kita bersahabat kembali???
Saya hanya mampu doakan awak bahagia bersama insan tersayang..
Dengar2 cerita, awak bakal mendirikan rumah tangga akhir tahun ini,, Tahniah..
Kan betul apa yang saya cakap sebelum ini, awak pasti jumpa orang yang lebih baik daripada saya..





Monday, March 28, 2011

Rindu Qistina..

Rindunya saya pada Qistina..
Tidak berpeluang menemuinya semalam..
Terkilan.. Takpelah.. Tatap gambarnya untuk hilangkan sedikit kerinduan..

Tembamnya dia..

Sunday, March 27, 2011

Terlerai Kerinduan...

Walaupun hanya 2 hari berada di rumah.. Namun, amat berbaloi..
Kerinduan terhadap bonda dan ayahnda terlerai juga..
Tetapi sedikit terkilan, bila buah-buah hati tidak dapat saya temui..
Niat kedua saya, ingin menemui mereka, namun tidak kesampaian..
Tidak mengapa, jika panjang umur.. Saya akan jumpa mereka..
Terima kasih tak terhingga kepada si dia kerana sudi menjadi pemandu tidak berbayar kepada saya..
Lain kali boleh jadi lagi ya.. Hehehe

Lega juga bila melepaskan persoalan yang selama ini bersarang di hati..
Agak takut untuk bertanya kepada bonda.. Namun, perlu dilepaskan juga..
Alhamdulillah.. Bonda memberikan jawapan dengan senyuman terpapar di wajahnya..
Sekarang, terlepas sedikit beban yang ditanggung..
Terima kasih mak, kerana memberi jawapan yang dinanti selama ini..
Soalan yang selama ini takut dilontarkan oleh saya mahupun dia..
Kini, telah peroleh jawapan.. Syukur..

--> Sebelum terlupa, sebelum pulang 2 orang buah hati sempat pulang menemui saya.. Cukuplah, walaupun hanya 30 minit menemui mereka.. Namun, amat berbaloi.. Perasaan terkilan sedikit terubat.. Cik kin sayang kamu semua...

Si Kecil Azim..

Si Besar Aiman..



Friday, March 25, 2011

Alhamdulillah.. Saya nak balik..

Malam ini nak balik kampung..
Sebab saya teramat-amat merindui sekali emak saya..
*Kalau salah, maknanya memang saya rindu mak saya.. Kikiki

Terima kasih pak cik kerana sudi temukan saya dengan emak saya..
Saya sayang pak cik.. Hihihi


---> Semoga perjalanan jauh kami selamat.. Doakan ya.. Amin...

Susah kan bila lelaki cerewet??

Kalau perempuan yang cerewet tak pelik lah..
Memang kami macam tu.. Kikiki
Tapi yang menjadi masalahnya kini, lelaki yang cerewet mengalahkan si wanita..
Ishk3!!! Susah lah macam ni..

Saya tidak katakan semua lelaki cerewet, tetapi segelintir sahaja..
Persoalannya timbul apabila seorang pensyarah saya bersifat demikian..
Bagi beliau, kesempurnaan amat-amatlah penting..
Kalau boleh, jangan menampakkan kecacatan @ kesilapan walau sebesar hama pun..
Mana ada manusia yang sempurna kan?? 
Pelik betul dengan sikap beliau..


Itu tak kena, ini tak kena..
Jangan berani buat silap, kalau tak tolak markah ya...




Thursday, March 24, 2011

Maaf..

Ketiga-tiga buah drama telah selamat dipentaskan..
Alhamdulillah..
Terima kasih  & tahniah kepada semua yang terlibat..


--> Maaf atas kesilapan AJK Makanan
# Tangisan dalam kelegaan.. Hemm..


Wednesday, March 23, 2011

Anak Tiri??

Pernah tengok tak cerita anak tiri??
Dalam cerita Melayu, mesti anak tiri kena seksa dengan mak @ ayah tiri..
Kebanyakan lah, tapi dalam situasi sebenar mungkin tidak berlaku..

Sebut mengenai anak tiri.. Saya rasa sekarang berada dalam situasi dianaktirikan..
Entahlah.. Mungkin perasaan sendiri..
Tapi, bukan saya sahaja berperasaan sedemikian.. 
Kawan-kawan yang terlibat ramai mengadu berperasaan begini..
Amat terkilan apabila berada dalam keadaan dianaktirikan??
Ops!!! Sebelum terlupa, bukan anak tiri yang ada mak @ ayah tiri tu..
Tapi, perasaan dipinggirkan dari golongan tertentu. 

Kami membawa diri
--> Harap golongan berkenaan tidak lakukan kepada mereka yang akan datang.. Amin..

Tuesday, March 22, 2011

Harapan Setinggi Gunung..

Saya mengharap sangat..

Mengharap untuk balik kampung..

Telepon mak, mak tanya bila balik..

Mesej kakak, kakak pun tanya soalan yang sama..

Anak-anak buah apa ntah lagi..

Asyik ulang soalan yang sama..

Tapi...

Saya tak ada jawapan..

Saya nak balik sangat..

Lagi-lagi bila buah hati dah pandai macam-macam..


"Bila cik kin nak balik?? Azim dan Qis dah pandai duduk taw..
Kami nak main-main dengan cik kin, cepatlah balik!!"


Sebelum terlupa nak ucap "Selamat Hari Lahir" buat kekanda kelima

--> Madzar Bin Tukimin


---> Mereka rindu saya.. Saya lagi rindu mereka...

Monday, March 21, 2011

Drama..



Berdebar pula menantikan saat ketiga-tiga drama ini dipentaskan..

--> Semoga semuanya berjalan lancar..
Semoga saya tidak kelu menuturkan dialog (Ceh!!! Sampingan je..Kikiki)
Semoga semua dapat makan (Ni wajib, sebab bahagian makanan saya yang uruskan..Hihi)


Sunday, March 20, 2011

Menangis Lagi..

Haish!!! Saya ni gembeng taw..
Sikit-sikit nangis.. Sikit-sikit nak nangis..

Eh!! Tapi saya nangis pun ada sebab..
Rindu dekat buah hati saya.
Rindu dekat keluarga saya..

Bertambah2 sedih & nak nangis bila buah hati telepon..
Sepuluh kali tanya soalan yang sama 
" Cik kin kat mana??"
"Kenapa cik kin tak balik??"
Sepuluh kali tanya ok.. Nampak sangat dia mengharap kehadiran saya..

--> Bayangkan, si kecil yang berumur 3 tahun menanyakan soalan yang sama kepada saya..
Mula-mula bergenang sahaja air mata saya, akhirnya menitik juga..

Nor Adila

Selalunya bila dia balik, mesti saya ada untuk menjadi bibik beliau..
Tetapi kali ini, dia balik, saya takda kat rumah..
Mesti dia rasa pelik kan..

Qistina & Azim

Gambar di atas baru diterima daripada kakak ipar saya.. Rindunya dekat mereka..
Mesti mereka sudah bertambah2  sihat dan besar..
Tak sabar nak lihat mereka.. Tentu mereka tak kenal cik kin lagi kan??
--> Nur Farisya Qistina Madzar
--> Muhammad Izzat Azim Mosri




Saturday, March 19, 2011

Sayu Hati Ini..

Sayu hati ini..
Bila semua berkumpul di kampung, kecuali diri ini..
Sayu hati ini..
Bila tak dapat membantu ibunda menyiapkan juadah kenduri..
Sayu hati ini..
Bila terkenangkan mereka yang jauh namun dekat di hati..
Sayu hati ini..
Terasa ingin terbang pulang ke kampung sendiri..
Sayu hati ini..
Namun kan ku pendam jauh dilubuk hati.


# Semoga Yassin berjalan dengan lancar.. Harap-harap mereka di kampung tak lupakan saya yang jauh di perantauan ini.. SAYA RINDU KALIAN..


Friday, March 18, 2011

Setelah 11 tahun..

Sudah agak lama tidak meluangkan masa di blog kesayangan ini...
Almaklumlah.. Minggu dateline tugasan..
Semua nak dihantar.. PADAN MUKA!!!
Siapa suruh tak buat awal-awal.. Kikikiki

Alhamdulillah.. Hari ini seronok sangat..
Dapat jumpa cikgu sekolah rendah dulu.. Cikgu Suzana..
Agak lama tak jumpa... Ya.. Sudah 11 tahun sejak saya meninggalkan alam sekolah rendah..
Tak sangka boleh jumpa beliau hari ini..
Hanya beriteraksi melalui laman Facebook..
Akhirnya, kami bertemu kembali..
Beliau akan mengikuti kursus pengsiswazahan guru di UPSI...
TAHNIAH cikgu, walaupun agak lama menunggu saat dan ketika ini.. 

Seronok berbual-bual sehingga terlupa untuk mengambil gambar kenangan bersama..
Cikgu Suzana sempat berkongsi pengalaman sebagai guru kepada saya..
Ada juga diselitkan kata nasihat..
1) Kalau boleh elakkan berkhidmat di negeri ...
2) Kalau boleh elakkan mencari pasangan hidup yang bekerja sebagai ...
# Terima kasih cikgu atas nasihat tersebut.. Moga kita berjumpa lagi.. InsyaAllah..

Cikgu Suzana Sekeluarga

--> Jasa guru yang mendidik tidak pernah dilupakan.. Semoga saya juga boleh menjadi guru seperti mereka.. InsyaAllah..

Monday, March 14, 2011

Terima Kasih Cikgu Eda...

Entry kali ini hanya nak mengucapkan terima kasih kepada Nor Eda a.k.a ladayana..

Terima kasih sebab ajar saya buat header..

Saya memang banyak tanya kalau tak tahu.. Hehehe

Sebenarnya tak cantik mana pun header saya..

Budak baru belajar kan..

Tak cantik kan???

# Walaupun tak cantik, saya agak berpuas hati.. Berjam-jam saya buat taw.. 


Sunday, March 13, 2011

Apabila soalan itu muncul..

Apabila soalan itu muncul..
Saya akan terdiam kaku..

Apabila soalan itu muncul..
Lidah saya kelu membisu..

Apabila soalan itu muncul..
Jawapannya memerlukan masa untuk dikarang..

Takut untuk memberi jawapan..

# Selepas memberi jawapan, berkali-kali memikirkannya.. 
- Betulkah jawapan yang telah saya berikan??
- Adakah jawapan itu menyalahkan beliau?? 
- Adakah jawapan itu dapat diterima oleh beliau??
--> Risaunya jika mendapat soalan itu...



Cuti Sekolah

Sejak menghabiskan sesi persekolahan 3 tahun lalu, saya semakin tidak prihatin akan cuti persekolahan..

Saya hanya mengetahuinya bila saya lihat cucu-cucu jiran saya asyik mengayuh basikal tak kira pagi, petang atau malam..
* Haish!! Tak penat ke mereka??

Mengayuh basikal pun boleh jadikan kita kurus taw..

Kadang-kadang saya hanya perasan apabila ada buah hati saya yang secara sukarela tinggal di rumah mak abah untuk menemani mereka..
* Lor.. Patutlah korang tak nak balik-balik.. Kat umah atok, tak kena marah.. Makan je kerjanya.. 
Kalau cik kin tahu korang cuti, awal-awal lagi cik kin suruh korang buat reban.. Tambah sikit pendapatan..


Sebut sahaja CUTI SEKOLAH.. 

Suatu ketika dahulu, ketika masih bergelar pelajar, perkara pertama yang akan saya lihat ialah takwin sekolah..
*Ceh!! Konon-konon rajin.. Tapi memang rajin pun.. Rajin untuk mencari tarikh cuti persekolahan. Tapi masa sekolah rendah je.. Sekolah menengah saya dah tak kisah...

Bila cuti sekolah pula, saya akan :

1. Merancang Rancangan Permainan Harian (RPH)..
- Pergi rumah Jiha atau Rozie untuk bermain masak-masak..
* Dulu tak ada facebook ok.. Nak masak, guna batu & rumput sebagai bahan masakan.. 
Tapi saya waras lagi, taklah sampai telan. Bila lapar, baliklah rumah.. Makan nasi yang sebenar-benarnya.
Huh!! Penat2 je masak tadi kan..

Hanya mereka yang melaluinya akan berasa seronok

2. Menghabiskan duit yang jarang habis bila waktu persekolahan..
- Kedai dekat bebenor.. Tak sampai 5 minit..
Kadang-kadang nak beli jajan 20sen je.. Tapi saya tak kisah.. Asalkan duit habis.. Hahahaha
Kalau pergi dengan Emak lagi seronok..

3. Mengisi masa terluang dengan mencari ilmu..
- Bukan saya baca buku ke apa, saya tonton televisyen a.k.a TV.. Ilmu juga kan??
Bila cuti sekolah kan cerita kartun berlambak-lambak.. Alang-alang dah bayar bil elektrik, sesekali lambungkan bil tu apa salahnya kan?? Kikikiki
Adoyai!! Lamanya tak menonton TV ni..

# Perkara di atas memang perkara yang pasti saya laksanakan apabila tiba cuti persekolahan.. Sebenarnya, banyak lagi.. Tapi 3 perkara di atas adalah perkara wajib...Eh!!! Kerja sekolah cikgu bagi, saya siapkan juga taw.. 

Thursday, March 10, 2011

Buat Keluarga Yang Jauh Di mata.. Hihihi

Pejam celik, pejam celik dah sebulan tak balik kampung..
* Ceh!! Belum setahun...

Saya benar-benar merindui keluarga Encik Tukimin & Puan Punirah nun jauh di selatan tanah air..

Minggu depan cuti sekolah..
Oleh itu, mak nak buat Yassin Lelaki..
Yang pasti di sini, saya seorang je yang tak ada semasa kenduri itu berlangsung..

Mestilah yang lain ada.. Mereka duduk sekitar Johor je..
Saya?? Saya merantau jauh.. Tercampak kat Perak ni..
Wajarlah kalau saya tidak mampu untuk membantu kan??

Seronok bila kenduri.. Abang-abang, akak, akak-akak ipar & anak-anak buah saya pasti pulang..
* Eleh.. Mereka bukan tolong.. Makan je taw.. Hihihi.. 
Habislah kalau ada yang membaca.. 

Yang paling seronok, masa makan..
Nasi ambeng.. Wajiblah!! 
Kami keluarga jawa
HIDUP JAWA!!!

JENG3!!! Nasi ambeng...


'
'
'
'
'
'
'

Tapi ayam potong kecil-kecil.. Kalau besar, muflis..
# P/s kepada keluarga : Bila makan nasi ambeng, jangan lupa anakanda dan adinda di perantauan...

Wednesday, March 9, 2011

Maaf Wahai Sahabat..

Saya tahu awak yang bersusah payah hari ini..
Mencari kedai..
Memilih kek..
Saya hanya pandai mengarah sahaja..

Saya memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..
Saya merupakan seorang sahabat yang tidak mengenang budi..
Saya yang bersalah wahai sahabat..
Maafkan saya..




# Saya lebih rela bergaduh dengan kekasih daripada bergaduh dengan sahabat.. Sahabat saya, penghibur saya.. Sekian..

Sunday, March 6, 2011

Kesimpulan Diri Saya..

Saya semakin tidak peka terhadap perasaan orang lain.. Mungkin saya sudah PEKAK..

Gurauan saya amat kasar.. Saya akan menjadi seorang yang SERIUS sepanjang masa selepas ini..

Saya TIDAK LAYAK dijadikan teman hidup di kemudian hari.. Kalau jadi juga, masa depan tak akan bahagia..

Hati saya SUKAR difahami..

Keputusan yang saya buat sama sekali TIDAK MEMIKIRKAN perasaan orang lain.. Saya seorang yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI..

# Apa yang dapat saya simpulkan di sini, saya seorang yang PEKAK, TIDAK LAYAK bergelar teman hidup, PENTINGKAN DIRI SENDIRI...
Maknanya, memang saya sudah berubah... 

--> Saya tekadkan hati, bulatkan suara.. Agar kamu lebih bahagia di masa hadapan..





Friday, March 4, 2011

Semoga Berjalan Lancar..

Sudah lama tidak melihat blog kesayangan..
Sejak akhir-akhir ini sibuk dengan beberapa urusan..
Dengan tugasan, belajar memandu dan juga program yang akan berlangsung esok..
Ya.. Program Diskusi Ilmiah : Kelangsungan Tatabahasa Dewan Dahulu dan Kini..


Jemput datang...

Sudah lama ingin melaksanakan program seperti ini. InsyaAllah, esok akan berlangsung dengan jayanya.. Amin..
Sudah pasti bagi ahli jawatankuasa pelaksana, program ini memberikan makna yang besar kepada kami.. Lagi-lagi jika program berjalan dalam keadaan baik dan menerima maklum balas positif daripada peserta yang hadir..

Walaupun kesihatan yang agak terganggu, namun saya akan melaksanakan dengan sehabis baik.. InsyaAllah...
# Ilmu yang diperolehi ketika bersama rakan-rakan dalam menganjurkan atau melaksanakan sesuatu program akan sebaik mungkin digunakan suatu hari nanti di sekolah.. InsyaAllah..