Saturday, July 30, 2011

Hanya seketika..

Hanya seketika

Ku di sini,
Hanya seketika,
Menabur bakti,
Mencari diri,
Meneguh pilihan hati,
Agar tak sesal kemudian hari.

Ku di sini,
Hanya seketika,
Pengalaman berharga harus kutimba,
Mendidik kamu duhai permata negara,
Agar kamu gah di dunia,
Menjadi harapan kedua ibu bapa.

Ku di sini,
Hanya seketika,
Bukan mahu disanjung,
Jauh pula dijunjung,
Tak mampu memberi ilmu segunung,
Tapi harapanku agar anakku berpayung. 

Ku di sini,
Walau seketika,
Namun kupasti khilaf menjelma,
Mohon ampun pasti kupinta,
Agar tak jadi kenangan tercela.

# Hanya tinggal 20 hari untuk berbakti di SMK KAMPUNG BARU SI RUSA..



Friday, July 29, 2011

Bijaknya mereka berlakon..

Kalau menjadi guru di SMK Kampung Baru Si Rusa, pasti anda tahu ragam kebanyakan pelajarnya.
Diberi tugas untuk mendidik pelajar tingkatan 1 Gemilang dan 4 Arif adalah
tugas yang agak mencabar.
1 Gemilang yang agak aktif ketika di dalam kelas menyebabkan setiap guru yang masuk
ke kelas mereka keluar dengan muka yang kurang ceria. 
Tambahan pula saya kan?? Yang memerlukan kesabaran yang tinggi selama 4 bulan.
Tidak boleh marah-marah sangat, tidak boleh naik tangan.. Semualah..

Hari ini, hari pertama dicerap oleh pensyarah. Yang menjadi masalahnya, saya
dicerap ketika mengajar tingkatan 1 Gemilang, kelas yang amat-amat aktif.
Tetapi teruja benar saya apabila mereka pandai berlakon. 
Tiada yang membuat bising, tiada yang menjerit, 
tiada yang mengejek-gejek, dan tiada yang berjalan walaupun selangkah.
Pelik memang pelik.. Kalaulah mereka begini sedari awal sehinggalah
saya tamat latihan praktikum, makin bertambah-tambahlah sayang akan mereka.

Suasana P&P berjalan dengan lancar. Selesai sahaja proses pencerapan, 
mereka terus membuka mulut. Ya Allah.. Bisingnya mereka!!!
Pening kepala saya dibuatnya. Iyalah, jika orang yang banyak cakap 
mulutnya, tiba-tiba kita soletep mulut mereka.. Apa akan jadi??
Tetapi terbaiklah kamu 1 Gemilang!! Cikgu sayang kamu..

Sunday, July 24, 2011

Hanya tinggal seketika..

Semenjak menjadi guru di SMK Kampung Baru Si Rusa, rasanya hampir tiada masa untuk melawat blog kesayangan. Secara jujurnya, saya semakin selesa berada di sini. Menjadi guru bahasa Melayu bagi pelajar tingkatan 1 Gemilang dan 4 Arif. Yang pasti saya semakin sayang akan mereka. Mungkin kerana mereka seperti adik-adik saya sendiri. 

Saat entry ini ditaip, saya masih menghitung hari. Saya tidak pasti sama ada menghitung hari untuk menghabiskan praktikum ataupun untuk meninggalkan mereka. Jika dihitung, hanya tinggal lima minggu sahaja lagi untuk bersama mereka, mendidik mereka, mencurahkan ilmu kepada mereka.
Jika dahulu, ingin sahaja masa berlalu dengan pantas.
Namun kini, ingin sahaja masa terus terhenti..

Makin menghampiri minggu ke -14, semakin sayu hati ini.
Entah bila saya akan kembali ke Port Dickson yang indah ini.
Entah bila boleh bertemu dengan mereka yang saya sayangi.
Bernasib baiklah kerana dilahirkan dalam dunia ICT, segalanya di hujung jari. 
Bolehlah saya terus-terusan berhubung dengan mereka..

# Cikgu marah kerana cikgu sayang akan kamu..

Menjaga hati atau menipu??

Menipu untuk menjaga hati??
Kita selalu buat kan??
Tetapi bagi orang yang ditipu, perit sekali rasa hati.
Secara jujurnya saya amat-amat menyesal dengan sifat cemburu saya..
Kerana cemburu saya, dia hilang sahabat baik.
Kerana sifat cemburu saya, dia hilang wanita yang disukainya.
Tapi, menyesal kemudian tak ada gunanya kan??

Adakah wanita itu mem"block" saya dan dia??
Kemungkinan besar.
Kesian dia, sehingga merayu supaya jangan melakukan sedemikian rupa.
Kalaulah saya tidak di"block", saya akan merayu kepada wanita tersebut.
Saya minta maaf, sahabat lebih penting daripada seorang kekasih.
Sahabatlah penawar dikala duka, tapi kekasih tak mungkin begitu.
Sahabat juga tempat meluahkan masalah yang terbaik, bukannya seorang kekasih..

Wahai wanita itu, saya harap awak dengar luahan saya. Tapi tak mungkin kan.. Hihi
Saya nak sangat awak berkawan semula dengan dia. 
Tolonglah saya.
Saya akan menyesal seumur hidup saya jika awak tidak menerima dia semula.
Kasihan dia, tiada tempat untuk meluahkan masalah..

Saya seorang wanita, dan saya tahu perasaan seorang wanita.