Friday, January 28, 2011

Alhamdulillah..

Haish! Tiba-tiba rasa sebak.. 

Patutnya gembira lah ekin.. 

Nak pulang ke desa tercinta..


Ya.. Saya akui...

Saya memang anak mak & abah..

Jadi..

Wajarlah saya berperasaan begini..

Terlalu teruja untuk pulang..

Bersama orang-orang yang tersayang..



# Encik assigment.. Boleh tinggal dulu tak dekat sini??.. Saya terlalu malas rajin nak bawa anda bersama...

* Doakan keselamatan saya ya.. Semoga selamat sampai ke kampung halaman..

Thursday, January 27, 2011

Yeyeh!!!

Alhamdulillah..

Dah lama tunggu saat ini..

Detik ini..

Dah hampir sebulan..

Rasa macam setahun..

Esok harinya akan muncul..

Pulang ke desa tercinta..



Temui ayah dan bonda..

Kekanda2..

Permata hati..

Rindu mereka...

Saya tak sabar nak lihat ayat : Selamat Datang ke "KULAI"..


# Rindu kamu juga Mohd Shaffie

Ternanti-nanti..

Saya ternanti-nanti

Saya tertunggu-tunggu

Bilalah Si Dia nak..

"
"
"
"
"
"
"
"
"

Update blog dia yang cantik best itu...

Wednesday, January 26, 2011

Tahniah Abang!!

# Tahniah kerana anda berjaya menyambung persekolahan di MRSM Pontian.. Ni kan sekolah tu.. Hehe

Nampak macam cantik.. Tapi "Don't Judge a Book by the cover".. Hehe


# Jauh sikit lah berbanding Sekolah Menangah Bandar Putra..

# Jangan nangis-nangis ya.. Eleh.. Cik kin taw abang kuat nangis.. Hahaha..

Takpa.. Cik kin taw buah hati cik kin macam mana orangnya.. 

Baiklah.. Kerana Cik Kin sayang abang.. Cik kin dah sediakan -->

"
"
"
"
"
"
Peta


Yelah.. Senang untuk abang.. Nak cari Taman Putri Kulai tue.. 


Lor.. Tertanya-tanya siapa abang yang saya maksudkan?? Tentulah buah hati  saya :

"
"
"
"
"
"

Muhamad Haziq Bin Robain

Lor.. Orang ambil gambar dia.. Dia ambil gambar orang pulak..

Apa-apa pun Tahniah Abang!!!!

Gerun, malu, mengantuk, gusar...

Keletihan yang amat sangat.. Manakan tidak, kelas 7 jam.. Dari pukul 10 pagi hingga jam 7 petang..

Kuliah 1 : Sosiolinguistik (10-11 pagi)

# Kelas yang amat menggerunkan..
- Mana tidaknya, pertama kali saya jumpa pensyarah lelaki yang amat-amat cerewet teliti.. Tetapi ini mungkin untuk mendisiplinkan kami.. Berfikiran +ve..
- Kelas yang hanya memakan masa 1 jam dirasakan seperti 10 jam.. Gusar, takut, gerun.. Saya yakin bukan sahaja saya seorang yang berperasaan begitu..

Kuliah 2 : Drama dan Seni Lakon (11 pagi - 1 tengahari)

# Kelas yang agak memalukan..
- Kelas yang mengasah bakat lakonan yang terpendam dan terendam..
- Saya dah cakap.. Saya tak pandai berlakon.. Setakat jadi pokok itu boleh lah..
Tuan pengarah tolong jangan pilih saya.. Saya rela menjadi tukang bancuh air (Erk?? Ingat main bola ke?)
Macam ini lah agaknya tadi semasa saya diasah bakat.. Eh?? Bukan bakat.. Sebab saya tak ada bakat..


Hah!! Saya hanya boleh memegang watak sebagai pokok.. Kaku sahaja.. Sekian..

Kuliah 3 : Keterampilan Penulis

# Kelas yang agak mengantuk

- Maaf ya Doktor Halim.. Bukan saya sengaja.. Tapi tidak disengajakan..
- Apa yang dikeluarkan dari mulut Doktor saya dengar, tapi bila disuruh membina petikan kreatif, otak saya tiba-tiba menjadi beku.. Mungkin takut untuk ke kelas selanjutnya..

Kuliah 4 : Pengajaran, Teknologi & Penaksiran II
# Kelas yang agak menggusarkan

- Mungkin kelas ini yang menyebabkan saya tidak keruan sepanjang hari.. Ya.. Bukan mungkin, tapi pasti.
- Kelas yang memerlukan kami menjalani latihan mengajar seperti yang akan dilakukan di dalam kelas nanti..Yang berbeza ialah anak murid dan lokasinya..
- Alhamdulillah.. Saya dah ahli kumpulan berjaya melakukannya sebaik mungkin..Tetapi sebelum kelas bermula, bagi menghilangkan kegusaran kami.. Pelbagai perkara yang kami lakukan..
--> Saya : Menyanyi.. Saya tahu suara saya bukan persis Siti Nurhaliza.. Sekian..
--> Dayah : Mengedikkan dirinya sebentar.. Hahahaha.. Jangan marah..
--> Tikah : Ke hulur-hilir tanpa tujuan..
--> Eda : Memastikan alat mandian cukup secukupnya.. Hehe

--> Kami Semua : Memeriksa tahap kelajuan jantung.. Berdebar-debar.. Wau!!! Lajunya jantung kami berdegup.. Kami pakai steteskop yang sebenarnya ya.. 


Macam nilah rupanya kami memeriksa tahap kelajuan jantung. Yang comel dan sedang memeriksa sudah tentu saya.. Yang lagi sorang.. Siapa erk?? Hehe..

Owh ya.. Sebelum masuk ke kelas yang menggusarkan.. Kami sempat bergambar.. Hobi kami.. Hehe

Kalau rasa berminat untuk menyunting bunga di atas, sila hubungi saya..
Tapi bunga raya ya.. "Bunga" berempat sudah mempunyai pilihan hati.. Ahaks!!!

# Baiklah.. Nak baca novel Interlok.. Konon-konon nak habiskan malam tadi.. Tapi cepat pula mata saya terlena.. Hehe.. Daa..

Tuesday, January 25, 2011

Buat yang terbaik..

Saya ni nampak je macam tak takut @ berani.. Tapi dalam hati.. Haish!! Dup dap, dup dap..

Apa-apa pun "Semoga Berjaya" kepada :






3) Noor Hidayah Binti Che Yan



Terutama sekali... Untuk Cik Nurasikin Binti Tukimin... Hehe..


# Semoga kita mampu buat yang terbaik

# Semoga kita menjadi guru yang baik pada hari ini & akan datang

# Semoga kita tidak berasa gugup di hadapan..

Amin...

Monday, January 24, 2011

Semoga Berjaya!!

Haish!! Takut pula rasanya nak mengajar esok..

*
*
*
*

Anak-anak murid cikgu jangan nakal-nakal ya.. 

Nanti cikgu bagi gula-gula.. 

 Lor.. Tak suka yang nie?? 

*
*
*
*
Takpe.. Cikgu bagi yang lain

Hah??? Yang ni nanti gigi berwarna??

*
*
*
*

Nak yang cantik sikit??

*
*
*

Baiklah...
Yang terakhir.. Penat cikgu bungkus taw..
Tengok2!! Baik kan cikgu??

# Perlukan sokongan yang kuat.. Kalau boleh, kepala yang tengah serabut ini hilanglah untuk seketika..Amin..

~~ Sekali Terluka, Selamanya Terasa ~~

Saya tidak tahu.. 

Saya tidak pasti..

Saya keliru..

Saya pening..

Memikirkan itu semua...

# Fikirlah sedalamnya.. Jangan kerana orang lain.. Kalau hati tidak mahu, jangan memaksa. Jangan kerana terasa kepedasannya, diri sendiri akan merana..

Sunday, January 23, 2011

Terima Kasih..

# Terima kasih kerana mampu bersabar dengan saya

# Terima kasih kerana mampu membuat saya tersenyum

# Terima kasih kerana pernah membahagiakan saya

# Terima kasih kerana berhabis duit untuk saya

# Terima kasih kerana berada di sisi saya ketika suka dan duka

# Terima kasih kerana pernah memahami saya

# Terima kasih kerana pernah mengambil berat ke atas diri saya

# Terima kasih kerana pernah menyayangi diri saya

# Terima kasih untuk segala-galanya


Minta Maaf..

Sejak akhir-akhir ini, saya banyak terluah perasaan di sini.. Mesti anda bosan, jemu, jelek untuk membaca kan?? Saya minta maaf, tapi ini salah satu cara saya meluahkan apa yang terpendam..

 "
"
"
"
"
"
"
"

* Rasa nak buang je blog ni.. Nak tumpukan pada blog sosio sahaja..

Macam Budak Kecik..

Ya.. Saya akui saya memang kuat merajuk.. Macam budak kecik kan?? Tapi itu kelemahan saya.. 
Saya minta maaf.. Saya merajuk bukan kerana itu adalah hobi saya.. Baiklah.. Selepas ini, saya akan kawal tahap kemerajukan saya.. Kalau boleh, langsung tak nak merajuk..

Merajuk macam budak kecik lah cik ekin nie..

# Hari ini sahaja, sudah dua orang menyatakan bahawa saya kuat merajuk.. Amat saya kesali..
Saya minta maaf.. Saya nak tanam azam.. Tak nak merajuk!!

* Tentu sahaja bosan jika mendapat kawan kekasih yang kuat merajuk.. Saya faham perasaan anda semua.. Saya tahu saya tidak sebaik "dia"..

Saat yang dinanti..

28 Januari 2011.. Saya ternanti-nanti tarikh ini.. Tak sabar nak peluk cium mak.. Tak sabar nak marah & kejar anak-anak buah keliling rumah..  Kalau boleh, nak tinggalkan semua masalah di Tanjong Malim.. Saya nak balik dengan seribu kegembiraan.. 

# Tak sabar juga mahu meluahkan segala masalah kepada mak..

Saturday, January 22, 2011

Saya Tidak Setabah Anda..

Saya tahu kematian itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Tepat jam 3.43 petang, saya menerima khidmat pesanan ringkas daripada seorang teman rapat saya, Nurin. Abangnya telah menyahut seruan Illahi. Innalillah..
Takziah Nurin sekeluarga.. 

Kalau saya di tempat anda, tentu saya tidak setabah anda. Seawal usia 12 tahun, anda telah kehilangan ibunda tersayang.. Saya tahu seawal usia itu, belaian ibu amat penting buat remaja terutama remaja perempuan. Sepatutnya, pada usia begitu, dorongan dan semangat ibu amat penting, lagi-lagi bagi menempuh UPSR.  Tapi anda tabah, anda terima Qada' dan Qadar dengan hati terbuka..

Saya juga tidak sekental anda.. Ketika masih menuntut di tingkatan 2, ayahnda anda pula menyahut seruan Illahi. Bayangkan, jika saya di tempat awak. Sudah tentu saya longlai untuk terus berdiri. Sudah tentu saya lemah untuk terus mengejar ilmu. Tetapi tidak pada anda, anda bangkit semula.. Anda mampu berdiri walau tanpa kehadiran ibu dan ayah. Saya tidak setabah anda..

Hari ini, saya terima satu lagi berita kehilangan dalam keluarga anda, kekanda yang telah lama menderita akibat penyakit kencing manis  telah pergi untuk selama-lamanya. Pergi menemani kedua orang tuanya yang telah menanti di alam yang satu lagi. Pergi dengan membawa amalan yang akan dihitung di sana. Pergi dengan iringan doa kekanda dan adindanya. Pergi kerana Allah s.w.t lebih menyayanginya.. 

Al-Fatihah...


# Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati..

Berapa lamakah lagi?

Berapa lamakah lagi
Kau ingin menyulam diri
dengan keegoan
Berapa lamakah lagi
kau tanam sifat kebencian.
Berapa lamakah lagi 
kau harus mendiamkan diri..

Friday, January 21, 2011

......

Haishh!!! Terasa hati lah sejak dua menjak nie..
Tapi takpa.. Saya kan hati batu...


 Tak maw sedih-sedih ekin, kena gembira.. Bila kita gembira, tepuk tangan.. Bila kita rasa gembira, beginilah caranya.. Bila kita gembira tepuk tangan..

* Bukan hendak berpeleseran, tapi malu hendak menunjukkan muka yang pucat cantik di depan anda..
Tanyalah dulu kenapa dan mengapa... Tolonglah jangan buat tuduhan melulu..

Thursday, January 20, 2011

Buat Bonda..

DUHAI BONDAKU
Bonda,
Saat daku dilahirkan,
Kau dakap erat tubuhku,
Kau panjatkan  syukur kepada-Nya

Bonda,
Saat aku mula mengenal dunia,
Kau pegang erat tanganku,
Kau papah daku di sisimu,
Kau tabah dengan setiap kerenahku.

Bonda,
Saat aku mula mencari ilmu,
Kau iringi daku dengan seribu doamu ,
Kau beri permata untukku,
Kau singkir kaca jauh dariku.

Bonda,
Saat daku kegembiraan,
Kau yang pertama mengucap kesyukuran,
Kau peluk daku dalam tangisan,
Kau kucup daku penuh kelembutan.
  
Bonda,
Saat aku kedukaan,
Kau sisipkan dorongan,
Kau penuhkan dadaku dengan kekuatan,
Kau beri tanganku agar aku tidak kegoyahan.

Bonda,
Di saat aku di rantau orang,
Dalam kerinduan kepadamu,
Kau titipkan seribu pesanan,
Kau panjatkan doa di kejauhan.

Bonda,
Aku memohon pada yang Esa,
Agar jasa dan pengorbananmu
bisa kubalas,
Walau terpaksa bergadai harta dan nyawa,
Hanya keranamu duhai bondaku..

~ Ekien.. Khar, Tanjong Malim ~

Mak kekuatan Ekin..


# Ekin perlukan mak.. 

Tak tahu..


~ ~ 1 tahun, 3 bulan, 1 hari... ~ ~
Saya tak tahu.. Kalau saya seorang yang buat keputusan, tentu sekali senang untuk mendapat jawapannya...


# Saya minta maaf.. Bukan sengaja mencari alasan..

Wednesday, January 19, 2011

Hah!! Inilah mereka..

Saya kenalkan mereka mengikut urutan ya.. 

No. 1) Nur Farahin Binti Zulkifli..
* Berumur 17 tahun (Erk?? Dulu macam kecik lagi..)
* Suka melawa (Kalau jalan sebelah dia, tentu susah orang nak teka yang mana satu mak cik, yang mana satu anak sedara)
* Agak cantik.. (Eeiii.. Tak suka sebut lah.. Hahaha)
* Kami akan buli dia kalau dia balik ke rumah mak abah saya (Kami nak training dia.. Jadi anak dara yang pandai serba serbi)
Nampak Gediks!! Ishk.. Berbeza dengan cik kin dia.. Hahaha
2. Muhamad Haziq Bin Robain
* Berumur 13 tahun (Eh!! Dah masuk tingkatan 1 rupanya..)
* Agak pandai.. Kini, bersekolah di Sekolah Menengah Bandar Putra (Asrama, tapi tiap2 minggu boleh balik.. Dekat bebeno.. Hehe)
* Kalau berdiri sebelah dia, dah macam pakwe makwe.. (Ishk!! Bukan kerana cik kin rendah k.. Tapi sebab dia tinggi)
Jangan Bercinta2..
3. Muhamad Naim Bin Zulkifli
* Kini berumur 12 tahun.. Nak UPSR ya..
* Adik kepada farah..
* Suka sangat beli buku mengenai motivasi.. Tapi saya tak pasti dia baca ke tidak.. 
* Sangat kedekut.. Kalau kita pinjam seringgit, dia akan tuntut balik.. Hahaha
Jangan Kedekut
4. Muhamad Haikal Bin Salim
* Berumur 12 tahun... Sebaya dengan naim.
* Dia agak takut dengan saya.. Mungkin jarang jumpa.. Kalau yang lain, pejam mata je tengok saya.
* Sangat risau akan dia.. Sukar memahami pelajaran..  Haikal belajar pandai2 ya.. Haikal boleh..
Belajar rajin2 ya
5. Nursyahira Idayu Binti Robain
* Berumur 11 tahun..
* Adik kepada Haziq.
* Kat mana ada saya, kat situ ada dia.. Mungkin kerana adik-beradik serta sepupu adalah lelaki. Dia tiada pilihan.. Takpe2.. Cik kin ajar ira masak k.. Hehe
* Selalu menangis.. Kena buli dengan abang dan adiknya.
* Sangat sukar untuk mengemaskan rambutnya.. Saya akan membebel sepanjang hari..
Sikat rambut dulu..
6. Muhamad Harith Bin Robain
* Berumur 9 tahun.
* Adik kepada haziq dan ira.
* Agak manja.. Maklumlah anak bongsu.. Tapi cik kin tak manja taw..
* Dia seorang je tak pandai nak main dengan baby2 nie.. Dia takut kalau dapat adik, dia dah tak jadi adik kot.. Hehe

Jangan Manja2.. Hehe
7. Muhamad Shahrul Hakimi Bin Zulkifli
* Berumur 8 tahun.. (Aik!! Kecik2 pun dah 8 tahun)
* Adik kepada farah dan naim.. Anak bongsu..
* Agak kedekut.. Tapi kalau kita cakap dia kedekut, mati2 dia menidakkannya.. Dia kata bukan kedekut, tapi berjimat.. Hehe
* Sangat2 meminati lampu suluh.. Setiap keluaran lampu suluh, mesti dia ada.. Hobi kot..
Lampu suluh satu dik..
8. Umi Salmi Binti Salim
* Sebaya dengan hakimi. 8 tahun.
* Adik kepada haikal.
* Sangat2 pendiam.. Tapi kalau dengan saya, banyak pula mulutnya.. Pelik2..
* Muka ala2 kacukan.. hehe

Owh tidak!!! Saya tak ada gambar umi.. Macam mana dia boleh tercicir.. Saya tak memilih kasih.. Cuma dia memang seorang yang tidak suka bergambar.. Bukan salah saya kan?? 

9. Muhamad Izzat Aiman Bin Mosri
* Berumur 5 tahun.. Tak sabar nak dengar dari mulut dia perasaan ke sekolah.. Hehe
* Tembam.. Obesiti dah kot..
* Mulutnya becok.. Suka makan tongkeng ayam.. Tapi akan bertukar kepada orang bisu apabila berada dalam kalangan orang yang tidak dikenali..
* Suka cium pipi gebu dia.. Hehe
Tengok2.. Tembam kan??
10. Nor Adila Binti Norazlan
* Baru berumur 3 tahun.
* Amat petah.. Banyak tanya..
* Sangat rapat dengan saya.. Menangis melihat saya menaiki bas ke TM.
* Amat sukakan adik.. Membahasakan dirinya "kakak" kerana mempunyai dua orang sepupu yang masih kecil.
Serupa saya kan??
11. Muhamad Izzat Azim Bin Mosri
* Berusia 6 bulan. Kalau tak silap saya.. Hehe
* Adik kepada aiman..
* Akan memulakan konsert antarabangsa apabila matanya mengantuk.. Hehe
* Pantang melihat kamera..
* Suka cium azim.. Pipi lembut.. Hehe
Tembam macam abangnya..
12. Nur Farisha Qistina Binti Madzar.
* Berusia 5 bulan.. Kalau tak silap juga.. Hehe
* Uiks!! Kuat minum susu.. Tengok badan lah.. Hehe
* Amat senang untuk dijaga..
* Suka cium qis jugak, pipi kental.. Hehe
Macam Muka Cina kan??
## Tak sabar saya nak lihat mereka dewasa.. Adakah mereka masih rapat seperti hari ini? 

* Saya hanya berdoa semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah
* Saya cuma berharap mereka berjaya dalam pelajaran dan mempunyai masa depan yang cerah.
* Saya mahukan mereka mengingati kenangan manis ketika usia mereka kanak-kanak
* Saya harap mereka tak lupakan satu sama lain.
* Saya harap mereka tak berkecil hati dan menyayangi saya selalu.. Hehe

# Nasib baik saya hanya mempunyai 12 orang anak saudara kan?? Kalo tidak tak muat entry ini..
Tunggu cik kin balik ya sayang.. Cik kin tahu sayang semua rindu kat cik kin.. Hehehe
Ceh!! Diaorang lagi suka cik kin tak balik, bolehlah buat khemah kat bilik cik kin kan.. Takpe2, mainlah puas2 dulu, nanti cik kin balik semua kena libas.. Huhu

Rindunya buah hati saya..

Buah hati saya a.k.a anak-anak buah saya ya.. Ada 13 semuanya, tapi simpan meninggal seorang. Jadi tinggal 12 orang.. 7 putera, 5 puteri (Huh!! Agak lama saya kira hinggalah dapat jumlah yang betul.. Hehe). Saya betul-betul sayang mereka.. Walaupun mereka agak buas nakal hingga ada kalanya membuatkan saya bertukar kepada singa betina naik angin.

# Apabila mereka berada dekat dengan saya, mereka mampu dan dengan jayanya menukarkan sifat kelembutan saya kepada keganasan (Tetapi tidaklah sampai kepada penderaan kanak-kanak).. Setakat besarkan mata dan mengejar mereka keliling rumah sudah menjadi rutin harian saya..

# Apabila mereka jauh pula dari pandangan mata saya, perasaan rindu makin menebal dalam diri saya.. Saya betul-betul rindu akan mereka. Rindu untuk :
* Mendengar jeritan mereka.
* Mengejar mereka keliling rumah (Sambil membawa penyapu.. Haha)
* Mengemas rumah bila mereka merasakan rumah mak abah saya sesuai untuk dijadikan khemah.
* Membebel apabila mereka melawan kata.
* Memberi kata nasihat setelah mereka sedikit alpa dalam pelajaran.
* Menjadi pendengar yang setia kepada setiap permasalahan mereka.
* Menjadi chef tidak bertauliah kepada mereka.
* Menjadi kaunter pertanyaan bagi menjawab semua persoalan mereka.
* Menjadi cikgu yang serba kekurangan apabila mereka mengalami masalah dalam pelajaran.
* Memeluk cium mereka... (Bagi buah-buah hati yang masih kecil.. Yang besar, awal-awal lagi mereka dah lari kalau saya kata nak cium..)
* Tumpang sekaki menonton cerita kartun pilihan mereka.. (Nak tengok sorang2 kan kurang seronok)
* Apa lagi ya??  Dan Banyak lagi... 

** Nanti saya ceritakan seorang demi seorang tentang mereka.. 
# Saya rindu juga kepada buah hati yang lagi satu.. Hehe..

Tuesday, January 18, 2011

Mata saya macam panda??

Selepas seharian menghadiri kuliah yang agak padat, iaitu selama lebih kurang 7 jam, rasanya mahu sahaja saya menumbangkan menidurkan diri. Tetapi atas nama persatuan, sebagai ahli saya gagahkan jua.. 
Setengah jam pertama, mata saya masih dapat dikawal ditahan. Namun, setelah penasihat PERBAYU memberi ucapan sepatah dua.. Eh!! Bukan sepatah, berpatah-patah ya, mata saya hampir terkatup. 
Isi yang disampaikan serupa dengan kuliah yang telah saya hadiri pada pagi ini..
Saya cuba gagahi juga memberi perhatian, tetapi sebenarnya fikiran saya telah terbang pulang ke KHAR.. Bantal busuk saya telah lama menanti kehadiran saya.. 

Seseorang juga perlu mengenalpasti terlebih dahulu golongan penonton sebelum memulakan sesuatu ucapan. 

Owh ya.. Antara isi penting yang saya perolehi ialah "bahasa sendi tamadun bahasa". Apa itu?? Cogan kata baru untuk PERBAYU, sedang dipertimbangkan barangkali.. Sebenarnya banyak lagi, tapi kerana mata panda saya terlalu berat untuk dibuka, maka isi penting yang saya perolehi adalah satu... Amat saya kesali.. 


Sebelum terlupa, ramai yang tegur mata saya.. Mata saya cantik kan?? Ala2 panda.. Hahaha..
Itu bermakna saya perlu menambah peruntukkan masa untuk tidur.. Sekian..


# Blog saya sudah di "skodeng".. Hehehe.. Selepas ini, perkara yang perlu sahaja akan disiarkan.. Hehe
Blog ini hanya suka-suka.. Luahan hati empunya tukang bebel blog

Monday, January 17, 2011

Memahami..

Kadangkala dalam memahami diri sendiri, kita juga amat perlu memahami orang lain. Mungkin dia tidak seperti yang kita jangkakan..


# Sesekali teringin seperti orang lain.. Saya tahu dia bukan jenis yang bermadah-madah, puitis itu semua.. Cuba sehabis baik untuk memahami.. Chaiyok3!!!

Sunday, January 16, 2011

Boleh tak??

................................................


 # Boleh tak lupakan dia?

# Boleh tak jangan sebut2 hal lepas?




# Taw tak awak kaum wanita tak suka perkara lepas di ungkit2.. Termasuk cerita tentang kawan kekasih lama anda..

Saturday, January 15, 2011

Sabar Ye Nor Eda..

Haish.. Tetiba saya pula yang sedih bila membaca entry beliau.. Tak maw sedih-sedih taw..

Bertahanlah..

Bertahanlah wahai sahabat,
Kerna masa kan berlalu cepat.
Bersyukurlah duhai sahabat,
Kerna dugaanmu tidaklah terlalu berat.
Bersabarlah wahai sahabat,
Kerna di sisimu masih ada kami yang hebat...

Percayalah wahai sahabat,
Dia pergi dengan hati yang berat.
Ketahuilah duhai sahabat,
Dia mencari masa depan yang berkat.
Jangan bersedih wahai sahabat,
Kerna di hatinya kaulah terhebat.

~ Ekien - Khar, Tanjong Malim ~
# Buat Eda, sabar ya.. Kami ada sentiasa di sisi anda...

# Amat bersyukur kerana saya mengenali pak cik buah hati selepas dia tamat latihan.. Kalau tidak sudah tentu perasaan yang sama terjadi kepada saya.. 

Selamat Ulang Tahun Kawan..

Lor.. Macam mane boleh tak sedar hari ni dah 15 Jan. Bermakna hari ini jugalah hari lahir teman baik saya.. Tak perlu banyak cakap..
Majid.. Selamat Hari Lahir Ya..

Selamat Hari Lahir..

Di hari lahirmu
aku memohon pada yang Esa,
Moga kau dimurahkan rezeki
agar kau bisa teguh berdiri.
Aku meminta pada yang Esa
moga kau diberikan kesihatan
agar kau bisa melonjak keriangan.
Aku berdoa pada yang Esa,
Moga kau dipanjangkan usia
agar bisa mengecapi bahagia.


~~ ekien -Khar, Tanjong Malim ~~
Sorry ya Jid.. Aku curi gambar ko.. Hahaha

Friday, January 14, 2011

Terima Kasih Wahai Sahabat!!!

Masalah yang saya lalui sekarang terasa amat-amat berat.. Bagai ada batu yang menghempap kepala saya..
Kawan lama memburukkan saya... Melepaskan kata-kata yang tidak patut, waima dia seorang pelajar yang agak pandai.. 
Dalam pening memikirkan masalah tersebut, saya amat bersyukur. Di sekeliling saya ramai sahabat yang sudi mendengar luahan hati saya. Yang sudi membantu seadanya.

Terima kasih wahai sahabat...

# Terima kasih anis, nurin, majid, shafiq, hana, eda, dayah, tiqah, aida n eni.. Kerana sudi mendengar luahan hati aku..
# Terima kasih majid kerana begitu mengambil berat.. Tetapi aku tak boleh menerimanya. Setakat ini aku masih boleh berdiri sendiri.. Jika aku perlukan pertolongan, aku akan memerlukan ko ya jid..

Duhai sahabat,
Terima kasih kerna kau hadir
tatkala suka mahupun duka.
Terima kasih kerna kau mampu
membuat ku tersenyum di kala senja.
Terima kasih kerna kau gagah
membelaku ketika terluka.
Terima kasih kerna kau sanggup
memapahku tatkala rebah.
Terima kasih kerna percaya
bicara dan luahan kata.

Terima Kasih Sahabat...


~~ ekien -Khar, Tanjong Malim ~~

# Hilang seorang kawan tak bermakna saya akan hilang semuanya..


Untuk Kamu ya Sahabat..

Kekhilafan Saya..

Rasanya smlm ada 3 kekhilafan yg sy lakukan.. Mungkin lebih dr itu.. Sy sedar sy bukan manusia sempurna..

 1. Terlupa kwn sendiri.. Atikah..
     # Dlm sibuk2 sy mencari siapa rakan sekelas sy bg mata pelajaran Sosilinguistik, utk memberitahu mengenai pembatalan kelas & akan digantikan dgn kehadiran di Kafe Khar pd pukul 10 pagi... Sy terlupa utk memberitahu perkara t'sebut kpd kwn baik sy, sendiri.. Mungkin dia berkecik hati marah dgn sy.. Bukan mungkin, tp pasti.. " Aku mtk maaf tikah.. Aku boleh terlupa nk msg ko, pdhl aku tdo dlm kol 2 utk pikir sape lg dak kelas kita"..

2. Menerima hadiah kata-kata kesat drpd kwn lama...
 # Sy tidak pasti siapa yg salah dlm situasi ini.. Sy rase sy hanya mahu mengambil hak yg dia ambil selama ini.. Tapi sy pula yg dislhkn, diberi hadiah yg cukup "bernilai".. Tdk mengapa, buatlah apa shj.. Katalah walau apa pun.. Mungkin kekhilafan sy sndri..

3. Sy tidak sengaja menganggu dia..
# Sy terlupa dia semakin sibuk.. Tapi sy degil.. Sy suka menganggu dia.. "Sy minta maaf ya awk.. Sy janji, sy tak akan ganggu awk lagi.."

**Perkara di atas membuatkan air mata sy menitik utk kali kedua... Owh bukan kedua, tp ketiga.. Saya Minta Maaf Semua.. Saya Banyak Kekhilafan..

Saya Rindu Mak..

Entah kenapa malam ini sy byk mengalirkan air mata.. Selekeh Tak cute taw nangis2 nie.. Hehe

Serius!! Sy rindu mak.. Boleh tak sy nak tepon mak sy skrg?? Nak ngadu, nak bermanja2, nak hlgkan resah di hati, nak lepaskn rindu.. (Eeerrrkk!!! Tp jam laptop sy dah menunjukkn pukul 1.00pagi.. Mak mesti dah dibuai mimpi)
Mak.. Bila mak nak dtg jenguk ekin kat bandar Tanjong Malim ni?? Ekin tak blh nak jenguk mak buat masa terdkt ni.. Maklumlah, Ptptn tak nak munculkan diri.. 
Nak beli tiket raya cina pun perlukan belas ihsan derma dari mak.. Hehe..
Mak mane sggup tgk ekin tak balik kan?? Ekin sayang Mak.. 


# Haishh!! Selalunya sy tido awl.. Tp knp mlm ni susah nk lelapkan mata...
*Terpaksa meng"off"kan telefon bimbit, sy tkt menganggu org..Knp dia dah lain? Atau sy yg lain

Thursday, January 13, 2011

Kesal..

Mungkin sy sendiri yg salah.. Mungkin juga byk kekhilafan sy..
Hingga sy menerima hadiah kata2 kesat  daripada kwn lama.. Ya, kwn lama. Walaupun hanya sekadar kwn lama, sy sama sekali tdk pernah membencinya... Apatah lagi utk mengaibkannya...

Tetapi adakah meminta hak sy dikembalikan adlh salah satu kesilapan, kekhilafan @ kesalahan??


# Kadangkala cinta itu buta.. Perkara yang salah boleh dijadikan benar..
Tetapi cinta itu juga ada batasnya.. Yang salah, tetapkan salah.. Yg benar, tetapkan benar..


Duhai mata..
Janganlah kau bazirkan airmu
untuk perkara yang jelas bukan 
dari kekhilafan tuanmu..
Duhai hati..
Janganlah sekali2 kamu sakit dan luluh
hanya kerana dugaan sekecil itu..
Duhai pemilik hati dan mata..
Bersabarlah engkau dengan 
semua ini..

~~ ekien -Khar, Tanjong Malim ~~

Menitik juga air mata saya saat entry ini ditulis..
Nak luahkan pada pak cik cik abang, tapi dia sgt sibuk.. Takpe, sy fhm.. :(

Wednesday, January 12, 2011

Mereka yang saya sayang..

Siapa yang saya sayang?? Kamu?? Anda?? Mungkin...
Ada berjuta-juta tiga golongan yang saya sayang... 
1) Keluarga (Family 1st ok)..
# Sy sayang abah sy (Tukimin bin Abdul Rahman)
# Sy sayang emak sy (Punirah binti Dormin)
# Sy sayang kekanda2 saya 
- Paridah Binti Tukimin
- Salim Bin Tukimin
- Robain Bin Tukimin
- Mosri Bin Tukimin
- Madzar Bin Tukimin
- Norazlan Bin Tukimin
- Nurasikin Binti Tukimin

** Tanpa mereka siapalah saya.. Bila berjauhan rasa rindu...
Walau apa pun terjadi, sy akan tetap bersama mereka di bawah ini...

# Hidup & mati sy kerana kamu.. Love u all..

2) Kawan baik sy..
     a) Kawan sejak tingkatan 4..
# Sy sayang Anis Liyana Binti Buliah
# Sy sayang Nurin Binti Aliman
Ekien, Anis, Nurin - Raya 2009
* Mereka juga nyawa sy.. Walau ape pun terjadi kita tetap kawan ye..

     b) Kawan yang sy kenal di UPSI..
# Sy sayang Nor Eda Binti Zainudin
# Sy sayang Noor Hidayah Binti Che Yan
# Sy sayang Norul Atikah Binti Mustapa
Dayah, tikah, eda, ekien..
# Time kita muda-mudi kan.. Hehe

3) Pak cik buah ati saya..

# Sy sayang dia lah... Tak boleh ckp byk.. Yg penting dia pak cik yg baik.. Hehe
Terima kasih ya pak cik... Hehe
* Kadangkala tertanya2 juga, bahagiakah dia bersama sy?? Adkh "si dia" sudah hlg dr ingatnya.. :(


### Jadi, secara kesimpulannya.. Saya sayang mereka!!!!


## Panjang juga entry kali ini.. Hehe... 
Maklumlah sy baru bljr.. Excited, gedik..
Walaupun kadangkala hati sy terusik terkecik ati dgn mereka, sy diamkn shj.. Kerana apa?? Kerana sy sayang mereka..