Saturday, January 22, 2011

Saya Tidak Setabah Anda..

Saya tahu kematian itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Tepat jam 3.43 petang, saya menerima khidmat pesanan ringkas daripada seorang teman rapat saya, Nurin. Abangnya telah menyahut seruan Illahi. Innalillah..
Takziah Nurin sekeluarga.. 

Kalau saya di tempat anda, tentu saya tidak setabah anda. Seawal usia 12 tahun, anda telah kehilangan ibunda tersayang.. Saya tahu seawal usia itu, belaian ibu amat penting buat remaja terutama remaja perempuan. Sepatutnya, pada usia begitu, dorongan dan semangat ibu amat penting, lagi-lagi bagi menempuh UPSR.  Tapi anda tabah, anda terima Qada' dan Qadar dengan hati terbuka..

Saya juga tidak sekental anda.. Ketika masih menuntut di tingkatan 2, ayahnda anda pula menyahut seruan Illahi. Bayangkan, jika saya di tempat awak. Sudah tentu saya longlai untuk terus berdiri. Sudah tentu saya lemah untuk terus mengejar ilmu. Tetapi tidak pada anda, anda bangkit semula.. Anda mampu berdiri walau tanpa kehadiran ibu dan ayah. Saya tidak setabah anda..

Hari ini, saya terima satu lagi berita kehilangan dalam keluarga anda, kekanda yang telah lama menderita akibat penyakit kencing manis  telah pergi untuk selama-lamanya. Pergi menemani kedua orang tuanya yang telah menanti di alam yang satu lagi. Pergi dengan membawa amalan yang akan dihitung di sana. Pergi dengan iringan doa kekanda dan adindanya. Pergi kerana Allah s.w.t lebih menyayanginya.. 

Al-Fatihah...


# Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati..

No comments:

Post a Comment