Monday, February 28, 2011

Sudah sampai masanya..

Cuti persekolahan merupakan tarikh yang paling di tunggu-tunggu oleh para pelajar..
* Saya pun macam itu juga dahulu.. Anda pun.. Saya pasti.. 

Cuti persekolahan juga tarikh yang ditunggu-tunggu oleh bakal mempelai @ pengantin..
Mereka memilih cuti sekolah untuk mengikat ikatan pernikahan atas beberapa sebab.. 
Antaranya :
--> Saudara-mara yang jauh boleh menghadiri majlis tersebut tanpa memikirkan keselamatan anak-anak mereka di rumah.. Yelah.. Cuti sekolah, anak-anak boleh ikut sama..

Sehingga saat ini, saya menerima empat undangan perkahwinan daripada sahabat seperjuangan suatu ketika dahulu, iaitu :

1) Zaitun Binti Md.Jidi
- Sahabat yang agak rapat ketika di tingkatan 4 dan 5..
Entah bagaimana terputus hubungan selepas itu.. Mungkin salah saya sehingga dia enggan memandang muka saya apabila bertembung..
- Alhamdulillah.. Hubungan kami kembali rapat kini.. Hinggakan beliau meminta saya menjadi pengapitnya pada majlis persandingannya nanti..
--> Maaf Eton.. Bukan tidak sudi menghadirkan diri, Siapa yang tidak mahu melihat sahabatnya sendiri di hari bahagianya..

2) Siti Syuhaidah
- Sahabat semasa di tingkatan 4 dan 5
Berbeza kelas namun ikatan persahabatan terjalin hingga kini..
--> Maaf siti.. Tidak dapat hadirkan diri di majlis bahagiamu.. Kekangan masa dan jarak..

3) Naimul Azim
- Junior di SMKBT kalau saya tidak silap..
- Acapkali terlihat mukanya tetapi tidak pernah bertegur sapa..
- Agak awal mendirikan rumah tangga (Bagi seorang lelaki.. 20 tahun kalau tak silap)
--> Maaf dik.. Akak jauh lah..

4)  Ali Hud
- Senior semasa tingkatan 4.. Dia tingkatan 5..
- Kelas sebelah-sebelah je.. 
* Dia admire saya dulu.. Hihihi.. Sssshhhh...
- Kalau saya tahu dia akan berkahwin secepat ini, saya terima dia dahulu.. Kikiki
* Takda maknanya lah.. Tak pandai bercinta zaman sekolah..
--> Buat Ali.. Bukan aku tak nak datang.. Pelamin Anganku Musnah pun bukan ya..Lain kali pilih tarikh bila aku cuti semester taw.. Baru aku boleh datang.. Kikiki

-------> Kepada bakal mempelai, saya hanya mampu titipkan doa buat kalian.. SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT.. Amin..


Buat kalian, bakal mempelai..

2 comments: