Sunday, February 27, 2011

Cinta Pertama VS Cinta Terakhir..

Cinta pertama??
Ishk!! Sejak dua menjak ni, entry  Cik Ekien tentang cinta je kan.. Memang gedik!!!

Kata orang, bukan saya kata ya..

 ~ ~ Lelaki sukar melupakan cinta pertama ~ ~

--> Walaupun mereka disakiti ketika ditinggalkan.. Mereka tak akan lupakan cinta pertama mereka.
Sampai sekarang mungkin.. Masih nak tahu perkembangan cinta pertama mereka, walaupun dah berkahwin dan bakal bergelar ibu. 
--> Si lelaki akan cakap yang mereka sudah 100% melupakan cinta pertama mereka.. Tapi bukan 100%, mungkin hanya 30%.. Berdasarkan pengalaman sendiri.. Hihi.. Kalau dah lupakan 100%, takkanlah masih berhubung dengan keluarga cinta pertama kan?? Untuk mengetahui perkembangan si dia..


** Beruntunglah menjadi cinta pertama si lelaki kan??


Cinta Terakhir

~ ~ Wanita pula sukar melupakan cinta terakhir ~ ~

--> Mungkin ada yang menyangkal penyataan di atas.. Ya, ada juga wanita yang sukar melupakan cinta pertama mereka.. Tetapi wanita lebih sukar melupakan cinta terakhir mereka..
Kenapa begitu?? Tengok jelah kaum wanita yang kehilangan suami(meninggal dunia) , mereka sukar hendak mendirikan rumah tangga semula.. Kerana suami mereka adalah cinta terakhir mereka..Kalau ada pun, hanya sebilangan kecil..


** Beruntung kan menjadi cinta terakhir si wanita??

## Apa yang saya katakan di sini tidaklah 100% benar.. Mungkin ada benarnya, ada tidaknya.. Ini semua hanya pendapat saya.. 
--> Bila cinta, semua manis belaka.. Bila benci, semua pahit pula..

No comments:

Post a Comment