Praktikum diawalkan??
9 Mei 2011-Ogos 2011??
Lepas itu, masuk sem 8 pada bulan September??
Memang nampak seronok apabila pengajian yang sepatutnya mengambil masa 4 tahun dipendekkan kepada 3 1/2 tahun..
Masalahnya kini :
1 - Peperiksaan yang dijangka tamat pada 13 Mei bagaimana?
Dicepatkan kerana tiada "Study Week".. Kami juga perlukan masa untuk mengulangkaji pelajaran..
![]() |
Banyak buku kami nak kena ulangkaji |
2 - Persediaan yang perlu dilakukan
- Nak cari sekolah yang benar-benar menerima kami.. Tentu sekolah yang baru selesai mengambil senior kami sebagai guru praktikum, tidak mahu menerima kami lagi.
- Nak cari rumah yang berdekatan sekolah.. Bukan perkara yang mudah ya.. Lainlah kalau kami boleh menjalani praktikum di sekolah lama.. Sudah tentu masalah rumah tiada.
3- Proses penempatan
- Dengar-dengar UPSI akan mengadakan konvo setahun sekali..
-Sebelum ini, 2 kali setahun
- Kalau begitu, apabila kami selesai pengajian pada bulan 1 tahun 2012, kami seharusnya menunggu sehingga beberapa bulan untuk menerima segulung ijazah..
Oleh itu, adakah pihak Kementerian Pelajaran akan menempatkan kami di sekolah dengan kadar segera?
# Kenapa kami yang hanya insan kerdil mampu melihat beberapa masalah di atas, namun pihak pengurusan seolah-olah memandang enteng??
Tolonglah kami wahai pihak pengurusan...
![]() |
Pertimbangkanlah semula keputusan kamu.. |
sabo jela CIK NAB oiii!!..huhu
ReplyDelete