Friday, February 25, 2011

Perpisahan..

Semua orang pasti tidak mahu perpisahan..
Cakap2!! Siapa yang suka akan perpisahan??

Bukan saya yang berpisah ya.. 
Tapi sepasang kekasih yang amat mencintai satu sama lain suatu ketika dahulu..
Saya pernah ceritakan serba sedikit tentang mereka di sini..

Saya bukan mahu mendoakan perpisahan mereka..
Benar.. Jauh di sudut hati saya, saya mahu melihat sejauh mana hubungan mereka..
Hubungan yang diagung-agungkan selama ini.
Di mana perkara yang salah turut dibetulkan..

Melihat carutan dan makian si gadis kepada bekas teman lelakinya..
Benar-benar membuat saya tergamam..
Mana cinta yang mereka agung-agungkan selama ini??
Sudah hilangkan janji manis yang ditaburkan??
Bukankah cacian dan makian itu untuk saya suatu ketika dahulu??
Bukan untuk si teman lelaki yang dicintainya..
Bukankah suatu ketika dahulu, saya disalahkan atas perbuatan "BIJAK" teman lelakinya..

Kini, saya amat bersyukur.. Bukan kerana perpisahan itu.. 
Tetapi kerana si gadis boleh berdiri di depan cermin, lalu melihat "KEBAIKAN" si jejaka yang dicintai suatu ketika dahulu..

Cinta bukan segala-galanya..
# Bila seseorang itu mencintai, dia akan mempertahankan si pasangan. Pahit yang seribu akan tenggelam dek manisnya yang satu. Tetapi jika cinta itu telah hilang, Manis yang beribu tidak mampu menutup pahit yang satu..


No comments:

Post a Comment