Sunday, July 24, 2011

Hanya tinggal seketika..

Semenjak menjadi guru di SMK Kampung Baru Si Rusa, rasanya hampir tiada masa untuk melawat blog kesayangan. Secara jujurnya, saya semakin selesa berada di sini. Menjadi guru bahasa Melayu bagi pelajar tingkatan 1 Gemilang dan 4 Arif. Yang pasti saya semakin sayang akan mereka. Mungkin kerana mereka seperti adik-adik saya sendiri. 

Saat entry ini ditaip, saya masih menghitung hari. Saya tidak pasti sama ada menghitung hari untuk menghabiskan praktikum ataupun untuk meninggalkan mereka. Jika dihitung, hanya tinggal lima minggu sahaja lagi untuk bersama mereka, mendidik mereka, mencurahkan ilmu kepada mereka.
Jika dahulu, ingin sahaja masa berlalu dengan pantas.
Namun kini, ingin sahaja masa terus terhenti..

Makin menghampiri minggu ke -14, semakin sayu hati ini.
Entah bila saya akan kembali ke Port Dickson yang indah ini.
Entah bila boleh bertemu dengan mereka yang saya sayangi.
Bernasib baiklah kerana dilahirkan dalam dunia ICT, segalanya di hujung jari. 
Bolehlah saya terus-terusan berhubung dengan mereka..

# Cikgu marah kerana cikgu sayang akan kamu..

No comments:

Post a Comment