Friday, July 29, 2011

Bijaknya mereka berlakon..

Kalau menjadi guru di SMK Kampung Baru Si Rusa, pasti anda tahu ragam kebanyakan pelajarnya.
Diberi tugas untuk mendidik pelajar tingkatan 1 Gemilang dan 4 Arif adalah
tugas yang agak mencabar.
1 Gemilang yang agak aktif ketika di dalam kelas menyebabkan setiap guru yang masuk
ke kelas mereka keluar dengan muka yang kurang ceria. 
Tambahan pula saya kan?? Yang memerlukan kesabaran yang tinggi selama 4 bulan.
Tidak boleh marah-marah sangat, tidak boleh naik tangan.. Semualah..

Hari ini, hari pertama dicerap oleh pensyarah. Yang menjadi masalahnya, saya
dicerap ketika mengajar tingkatan 1 Gemilang, kelas yang amat-amat aktif.
Tetapi teruja benar saya apabila mereka pandai berlakon. 
Tiada yang membuat bising, tiada yang menjerit, 
tiada yang mengejek-gejek, dan tiada yang berjalan walaupun selangkah.
Pelik memang pelik.. Kalaulah mereka begini sedari awal sehinggalah
saya tamat latihan praktikum, makin bertambah-tambahlah sayang akan mereka.

Suasana P&P berjalan dengan lancar. Selesai sahaja proses pencerapan, 
mereka terus membuka mulut. Ya Allah.. Bisingnya mereka!!!
Pening kepala saya dibuatnya. Iyalah, jika orang yang banyak cakap 
mulutnya, tiba-tiba kita soletep mulut mereka.. Apa akan jadi??
Tetapi terbaiklah kamu 1 Gemilang!! Cikgu sayang kamu..

No comments:

Post a Comment