Sunday, September 18, 2011

Masih bertempat..

Cuti yang dikira agak panjang, digunakan sebaik-baiknya bersama insan tersayang.

Genting Highland --> ICT --> Klang --> TM

Sungai Congkak --> Putrajaya --> Tasik Titiwangsa --> Hulu Yam--> TM

Tetapi disebalik kegembiraan, pasti hadir kegusaran.
Bukan mahu mempertikaikan perhubungan itu, tetapi timbul kegusaran dalam diri.
Bukan tidak mempercayai kamu, tetapi terselit kerisauan yang menebal saat ini.
Mungkin kamu kurang memahami hati wanita, tetapi sedarlah saya hanya 
wanita biasa. Wanita yang amat menyayangi kamu. Wanita yang punyai
rasa tidak enak tatkala gambar wanita yang pernah dicintai kamu hadir 
sama sebaris dengan gambarku. Wanita yang tersentuh hatinya ketika kamu
meninggikan suara kerana perkara itu. Wanita yang berlagak biasa
apabila kamu buat tidak tahu tentang perkara itu. Wanita yang agak
terguris hatinya ketika permintaan sekecil itu membuatkan kamu marah dan membisu.

# Mungkin kamu tidak rasa apa yang saya rasa kerana saya tidak melakukan perkara
itu terhadap kamu. Dan saya sama sekali tidak ingin melakukan perkara itu. Sebab utama adalah kerana saya amat menyayangi kamu..

--> Ya Allah, Kau hilangkanlah kegusaran aku ini agar hubungan yang kami bina kekal hingga
akhir hayat kami.. 

Tuesday, September 13, 2011

Terikat sudah..

Terima Kasih Nurin.. Cantik gambarnya..
Alhamdulillah.. 
Tanggal 10 September 2011 dengan rasminya saya menjadi tunangan kepada
Encik Mohd Shaffie Bin Mohd Som.
Kalau ditanya apa perasaan?? Tentu sekali perasaan gembira menyelubungi diri.

Amat berterima kasih kepada ahli keluarga yang sangat memahami.
Jutaan terima kasih kerana mereka menyokong hasrat saya untuk bertunang.
Terima kasih juga kerana membantu dari segi kewangan & tenaga sepanjang majlis.
*Maklumlah, saya tidak berwang..
# Tanpa kehadiran dan sokongan keluarga, tentu majlis tidak berjalan dengan lancar..


Sikin & Shaffie
Terima kasih juga kepada Encik Mohd Shaffie kerana memilih saya..

Sejuknya tangan saya.. Hihi
Agak gedik.. Kikiki

## Orang kata bila dah bertunang, darah manis.. Nak rasalah.. Kikikiki




Tuesday, August 23, 2011

"Selamat Tinggal"

Sudah hampir benar masa itu. (*Tinggal 3 hari lagi)
Masa untuk saya mengucapkan "selamat tinggal" kepada mereka..

Selamat Tinggal Pelajar Tingkatan 1 Gemilang :
-->  Ayu, nabila, azira, loges, fatihah, acap, shafiq, adibah, shankar,
adila, kelly, atikah, judin, nizam, aisyah, amirul, aby,
syamiel, shakirah, alan, aliff asraf, shasha, ashikin, jalil, shahira,
nurul shahira, shazwan, akramin, neo.
--> Suhaimi, hafiss, jamil, fakhrul, firdaus, safuan, aliff 
# Pelajar-pelajar nakal yang membuatkan saya bertambah sedih meninggalkan mereka.

Selamat Tinggal Pelajar Tingkatan 4 Arif :
--> Mazlina, Aisyah, Aminah, Najihah, Syafiqah, Einsyirah, Azira, Athirah,
Azyan, Zulaikha, Farhanah, Harfirie, Azman, Saiful, Fahmi, Aidil, Ahmad, Danial, Firdaus.

Selamat Tinggal SMK Kampung Baru Si Rusa
--> Terima kasih kepada barisan guru & staf sokongan yang membantu 
kami sepanjang 14 minggu di sini.
--> Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang memberikan kerjasama
kepada saya sepanjang 4 bulan di sini.

# Secara jujurnya, sedih untuk meninggalkan Port Dickson.. 
Cikgu pasti merindui suasana di SMK Kampung Baru Si Rusa
Cikgu pasti merindui kamu duhai para pelajar 1 Gemilang & 4 Arif.

Tidak mahu mengucapkan "Selamat Tinggal"... Kikiki

Tuesday, August 16, 2011

Hampir waktunya..

Hampir waktunya.

Jika dulu,
Kubilang masa berlari,
Ingin cepat berlalu pergi,
Namun kini,
Kuingin masa terhenti,
Kubilang sisanya hari.

Masa kian berlalu pergi,
Ingin sekali ia terhenti,
Semalam berlalu lagi,
Esok pasti kembali,
Hari itu hampir sekali.

Kuhitung sisanya masa,
Mendidik permata berharga,
Tak pasti bilakan bersua,
Hanya tinggal kenangan berharga,
Untuk aku buat selamanya.



# Sebaknya hati ini.. Sudah berkira-kira, pasti air mata akan menitik bila hampir waktunya.



Tuesday, August 2, 2011

Sayang Kamu Wahai Anak-anakku..

Sajak khas untuk anak-anak didikku..

Selamat Hari Lahir..

Selamat Hari Lahir Sayang,
Moga kau panjang umurnya,
Agar bertambah amalan di dunia.

Selamat Hari Lahir Sayang,
Moga kau murah rezeki,
Agar kau bisa memperbaiki diri.

Selamat Hari Lahir Sayang,
Moga kau bahagia selalu,
Agar kau turut membahagiakan aku.

Selamat Hari Lahir Sayang,
Moga hubungan kita kekal selamanya,
Agar akhirnya hidup bersama..

Selamat Hari Lahir Abang.
# Maaf kerana memutuskan persahabatan anda..

Saturday, July 30, 2011

Hanya seketika..

Hanya seketika

Ku di sini,
Hanya seketika,
Menabur bakti,
Mencari diri,
Meneguh pilihan hati,
Agar tak sesal kemudian hari.

Ku di sini,
Hanya seketika,
Pengalaman berharga harus kutimba,
Mendidik kamu duhai permata negara,
Agar kamu gah di dunia,
Menjadi harapan kedua ibu bapa.

Ku di sini,
Hanya seketika,
Bukan mahu disanjung,
Jauh pula dijunjung,
Tak mampu memberi ilmu segunung,
Tapi harapanku agar anakku berpayung. 

Ku di sini,
Walau seketika,
Namun kupasti khilaf menjelma,
Mohon ampun pasti kupinta,
Agar tak jadi kenangan tercela.

# Hanya tinggal 20 hari untuk berbakti di SMK KAMPUNG BARU SI RUSA..