Sunday, February 26, 2012

Anak-anak saya nakal..

Sejak tamat pengajian di UPSI, kerja saya jadi pengasuh..
Pengasuh kepada anak-anak buah yang amat baiknya..
Waktu siang sampai tiada masa untuk berehat.. Penat yang amat..

Tapi di sebalik kepenatan, sebenarnya terselit kegembiraan.
Gembira melihat mereka membesar di hadapan kita.
Makan, minum, bermain dan tidur di hadapan kita.
Seperti menjaga anak sendiri..
# Di usia 24 tahun, tentu sekali saya sudah selayaknya digelar ibu.
Saat ini, saya menunggu beliau untuk menetapkan tarikh pernikahan kami.. InsyaAllah..

Saturday, January 7, 2012

Akhirnya...

7 Januari 2012
Kali pertama saya tak rasa begitu teruja untuk pulang ke rumah.
Kalau sebelum ni, dua atau tiga minggu sebelum nak balik Johor, perasaan gembira,
teruja, semua ada. Tapi, bukan hari ini. 
Sayu je rasa hati bila nak tinggalkan bumi Murabbi ni.
Selama 3 tahun setengah berada di sini untuk mengutip
ilmu dan membina ukhwah persahabatan bersama.
Ya Allah.. Indahnya persahabatan itu..


Secara jujurnya, sayang benar saya kepada ikatan persahabatan
yang dibina di bumi Murabbi ini.
Semoga ikatan persahabatan yang kita bina akan kekal untuk selamanya.. Amin..

--> Selamat tinggal Tanjong Malim
--> Semoga bertemu kembali sahabat.. Pasti merindui persahabatan yang kita bina ini..

Sunday, December 4, 2011

Menyepi...

Lama sangat tak coret-coret kat sini..
Kurang masa & kesempatan..

* Nak siapkan tesis yang agak susah cara penghasilannya..
* Nak luangkan masa yang tinggal sedikit dengan kawan-kawan

--> Ok lah.. Takda idea yang banyak nak menaip.. Tata

Sunday, October 9, 2011

Wanita biasa..

Saya hanyalah wanita biasa, yang banyak kekurangan dan kelemahan.
Ya, saya amat sedar itu. Tetapi saya mohon bantulah saya untuk menutup kelemahan itu.
Bantulah saya perbaiki diri ini. Bukan memperlihatkan kelemahan saya 
itu sebagai tanda kebosanan terhadap saya. Menjadikan kelemahan
itu bertambah-tambah besar di mata kamu. Menjadikan saya
amat-amat kerdil di mata kamu.

Wanita biasa,
Tak ingin dijunjung,
Hanya mahu berpayung,
Padamu insan kusanjung.

Wanita biasa,
Rajuknya tak lama,
Bukan harta dipinta,
Bukan emas berjela,
Namun hanya sebaris kata.



# Tak perlu risau tentang saya, sudah biasa begini. Kalau saya merajuk, 
saya sendiri yang akan memujuk diri sendiri.

Sunday, October 2, 2011

Perasaan sudah beralih??

Mungkin ada benarnya pendapat kawan saya suatu ketika dahulu.
Bila sudah dapat, mulalah berada di zon selasa.
Kerap kali mengabaikan perasaan sebelah pihak lagi.

Sunday, September 18, 2011

Masih bertempat..

Cuti yang dikira agak panjang, digunakan sebaik-baiknya bersama insan tersayang.

Genting Highland --> ICT --> Klang --> TM

Sungai Congkak --> Putrajaya --> Tasik Titiwangsa --> Hulu Yam--> TM

Tetapi disebalik kegembiraan, pasti hadir kegusaran.
Bukan mahu mempertikaikan perhubungan itu, tetapi timbul kegusaran dalam diri.
Bukan tidak mempercayai kamu, tetapi terselit kerisauan yang menebal saat ini.
Mungkin kamu kurang memahami hati wanita, tetapi sedarlah saya hanya 
wanita biasa. Wanita yang amat menyayangi kamu. Wanita yang punyai
rasa tidak enak tatkala gambar wanita yang pernah dicintai kamu hadir 
sama sebaris dengan gambarku. Wanita yang tersentuh hatinya ketika kamu
meninggikan suara kerana perkara itu. Wanita yang berlagak biasa
apabila kamu buat tidak tahu tentang perkara itu. Wanita yang agak
terguris hatinya ketika permintaan sekecil itu membuatkan kamu marah dan membisu.

# Mungkin kamu tidak rasa apa yang saya rasa kerana saya tidak melakukan perkara
itu terhadap kamu. Dan saya sama sekali tidak ingin melakukan perkara itu. Sebab utama adalah kerana saya amat menyayangi kamu..

--> Ya Allah, Kau hilangkanlah kegusaran aku ini agar hubungan yang kami bina kekal hingga
akhir hayat kami.. 

Tuesday, September 13, 2011

Terikat sudah..

Terima Kasih Nurin.. Cantik gambarnya..
Alhamdulillah.. 
Tanggal 10 September 2011 dengan rasminya saya menjadi tunangan kepada
Encik Mohd Shaffie Bin Mohd Som.
Kalau ditanya apa perasaan?? Tentu sekali perasaan gembira menyelubungi diri.

Amat berterima kasih kepada ahli keluarga yang sangat memahami.
Jutaan terima kasih kerana mereka menyokong hasrat saya untuk bertunang.
Terima kasih juga kerana membantu dari segi kewangan & tenaga sepanjang majlis.
*Maklumlah, saya tidak berwang..
# Tanpa kehadiran dan sokongan keluarga, tentu majlis tidak berjalan dengan lancar..


Sikin & Shaffie
Terima kasih juga kepada Encik Mohd Shaffie kerana memilih saya..

Sejuknya tangan saya.. Hihi
Agak gedik.. Kikiki

## Orang kata bila dah bertunang, darah manis.. Nak rasalah.. Kikikiki




Tuesday, August 23, 2011

"Selamat Tinggal"

Sudah hampir benar masa itu. (*Tinggal 3 hari lagi)
Masa untuk saya mengucapkan "selamat tinggal" kepada mereka..

Selamat Tinggal Pelajar Tingkatan 1 Gemilang :
-->  Ayu, nabila, azira, loges, fatihah, acap, shafiq, adibah, shankar,
adila, kelly, atikah, judin, nizam, aisyah, amirul, aby,
syamiel, shakirah, alan, aliff asraf, shasha, ashikin, jalil, shahira,
nurul shahira, shazwan, akramin, neo.
--> Suhaimi, hafiss, jamil, fakhrul, firdaus, safuan, aliff 
# Pelajar-pelajar nakal yang membuatkan saya bertambah sedih meninggalkan mereka.

Selamat Tinggal Pelajar Tingkatan 4 Arif :
--> Mazlina, Aisyah, Aminah, Najihah, Syafiqah, Einsyirah, Azira, Athirah,
Azyan, Zulaikha, Farhanah, Harfirie, Azman, Saiful, Fahmi, Aidil, Ahmad, Danial, Firdaus.

Selamat Tinggal SMK Kampung Baru Si Rusa
--> Terima kasih kepada barisan guru & staf sokongan yang membantu 
kami sepanjang 14 minggu di sini.
--> Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang memberikan kerjasama
kepada saya sepanjang 4 bulan di sini.

# Secara jujurnya, sedih untuk meninggalkan Port Dickson.. 
Cikgu pasti merindui suasana di SMK Kampung Baru Si Rusa
Cikgu pasti merindui kamu duhai para pelajar 1 Gemilang & 4 Arif.

Tidak mahu mengucapkan "Selamat Tinggal"... Kikiki

Tuesday, August 16, 2011

Hampir waktunya..

Hampir waktunya.

Jika dulu,
Kubilang masa berlari,
Ingin cepat berlalu pergi,
Namun kini,
Kuingin masa terhenti,
Kubilang sisanya hari.

Masa kian berlalu pergi,
Ingin sekali ia terhenti,
Semalam berlalu lagi,
Esok pasti kembali,
Hari itu hampir sekali.

Kuhitung sisanya masa,
Mendidik permata berharga,
Tak pasti bilakan bersua,
Hanya tinggal kenangan berharga,
Untuk aku buat selamanya.



# Sebaknya hati ini.. Sudah berkira-kira, pasti air mata akan menitik bila hampir waktunya.



Tuesday, August 2, 2011

Sayang Kamu Wahai Anak-anakku..

Sajak khas untuk anak-anak didikku..

Selamat Hari Lahir..

Selamat Hari Lahir Sayang,
Moga kau panjang umurnya,
Agar bertambah amalan di dunia.

Selamat Hari Lahir Sayang,
Moga kau murah rezeki,
Agar kau bisa memperbaiki diri.

Selamat Hari Lahir Sayang,
Moga kau bahagia selalu,
Agar kau turut membahagiakan aku.

Selamat Hari Lahir Sayang,
Moga hubungan kita kekal selamanya,
Agar akhirnya hidup bersama..

Selamat Hari Lahir Abang.
# Maaf kerana memutuskan persahabatan anda..

Saturday, July 30, 2011

Hanya seketika..

Hanya seketika

Ku di sini,
Hanya seketika,
Menabur bakti,
Mencari diri,
Meneguh pilihan hati,
Agar tak sesal kemudian hari.

Ku di sini,
Hanya seketika,
Pengalaman berharga harus kutimba,
Mendidik kamu duhai permata negara,
Agar kamu gah di dunia,
Menjadi harapan kedua ibu bapa.

Ku di sini,
Hanya seketika,
Bukan mahu disanjung,
Jauh pula dijunjung,
Tak mampu memberi ilmu segunung,
Tapi harapanku agar anakku berpayung. 

Ku di sini,
Walau seketika,
Namun kupasti khilaf menjelma,
Mohon ampun pasti kupinta,
Agar tak jadi kenangan tercela.

# Hanya tinggal 20 hari untuk berbakti di SMK KAMPUNG BARU SI RUSA..



Friday, July 29, 2011

Bijaknya mereka berlakon..

Kalau menjadi guru di SMK Kampung Baru Si Rusa, pasti anda tahu ragam kebanyakan pelajarnya.
Diberi tugas untuk mendidik pelajar tingkatan 1 Gemilang dan 4 Arif adalah
tugas yang agak mencabar.
1 Gemilang yang agak aktif ketika di dalam kelas menyebabkan setiap guru yang masuk
ke kelas mereka keluar dengan muka yang kurang ceria. 
Tambahan pula saya kan?? Yang memerlukan kesabaran yang tinggi selama 4 bulan.
Tidak boleh marah-marah sangat, tidak boleh naik tangan.. Semualah..

Hari ini, hari pertama dicerap oleh pensyarah. Yang menjadi masalahnya, saya
dicerap ketika mengajar tingkatan 1 Gemilang, kelas yang amat-amat aktif.
Tetapi teruja benar saya apabila mereka pandai berlakon. 
Tiada yang membuat bising, tiada yang menjerit, 
tiada yang mengejek-gejek, dan tiada yang berjalan walaupun selangkah.
Pelik memang pelik.. Kalaulah mereka begini sedari awal sehinggalah
saya tamat latihan praktikum, makin bertambah-tambahlah sayang akan mereka.

Suasana P&P berjalan dengan lancar. Selesai sahaja proses pencerapan, 
mereka terus membuka mulut. Ya Allah.. Bisingnya mereka!!!
Pening kepala saya dibuatnya. Iyalah, jika orang yang banyak cakap 
mulutnya, tiba-tiba kita soletep mulut mereka.. Apa akan jadi??
Tetapi terbaiklah kamu 1 Gemilang!! Cikgu sayang kamu..

Sunday, July 24, 2011

Hanya tinggal seketika..

Semenjak menjadi guru di SMK Kampung Baru Si Rusa, rasanya hampir tiada masa untuk melawat blog kesayangan. Secara jujurnya, saya semakin selesa berada di sini. Menjadi guru bahasa Melayu bagi pelajar tingkatan 1 Gemilang dan 4 Arif. Yang pasti saya semakin sayang akan mereka. Mungkin kerana mereka seperti adik-adik saya sendiri. 

Saat entry ini ditaip, saya masih menghitung hari. Saya tidak pasti sama ada menghitung hari untuk menghabiskan praktikum ataupun untuk meninggalkan mereka. Jika dihitung, hanya tinggal lima minggu sahaja lagi untuk bersama mereka, mendidik mereka, mencurahkan ilmu kepada mereka.
Jika dahulu, ingin sahaja masa berlalu dengan pantas.
Namun kini, ingin sahaja masa terus terhenti..

Makin menghampiri minggu ke -14, semakin sayu hati ini.
Entah bila saya akan kembali ke Port Dickson yang indah ini.
Entah bila boleh bertemu dengan mereka yang saya sayangi.
Bernasib baiklah kerana dilahirkan dalam dunia ICT, segalanya di hujung jari. 
Bolehlah saya terus-terusan berhubung dengan mereka..

# Cikgu marah kerana cikgu sayang akan kamu..

Menjaga hati atau menipu??

Menipu untuk menjaga hati??
Kita selalu buat kan??
Tetapi bagi orang yang ditipu, perit sekali rasa hati.
Secara jujurnya saya amat-amat menyesal dengan sifat cemburu saya..
Kerana cemburu saya, dia hilang sahabat baik.
Kerana sifat cemburu saya, dia hilang wanita yang disukainya.
Tapi, menyesal kemudian tak ada gunanya kan??

Adakah wanita itu mem"block" saya dan dia??
Kemungkinan besar.
Kesian dia, sehingga merayu supaya jangan melakukan sedemikian rupa.
Kalaulah saya tidak di"block", saya akan merayu kepada wanita tersebut.
Saya minta maaf, sahabat lebih penting daripada seorang kekasih.
Sahabatlah penawar dikala duka, tapi kekasih tak mungkin begitu.
Sahabat juga tempat meluahkan masalah yang terbaik, bukannya seorang kekasih..

Wahai wanita itu, saya harap awak dengar luahan saya. Tapi tak mungkin kan.. Hihi
Saya nak sangat awak berkawan semula dengan dia. 
Tolonglah saya.
Saya akan menyesal seumur hidup saya jika awak tidak menerima dia semula.
Kasihan dia, tiada tempat untuk meluahkan masalah..

Saya seorang wanita, dan saya tahu perasaan seorang wanita.

Monday, June 27, 2011

Bila dilabel..

Bila dilabel sebagai perempuan miang, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini..
Tahu perasaan seorang wanita yang dituduh miang dengan lelaki lain.
Dituduh pelbagai perkara yang tidak dilakukannya.
Lebih sakit apabila kesakitan ini terpaksa disimpan sendirian,
cuba memendam dan lupakannya selama-lamanya.

Ya Allah,
Hanya padaMu kubermohon,
kuatkan jiwaku,
kentalkan hatiku,
agar menerima segala tuduhannya.

Ya Allah,
Aku berharap padaMu,
Engkau tetapkan hatinya padaku.
Namun, jika tiada,
aku akan redha segalanya..

Friday, June 24, 2011

Khilaf saja..

Perkara yang kecil kenapalah saya suka besar-besarkan??
Entahlah.. Mungkin itu kelemahan saya yang paling besar.
Kelemahan yang membuatkan orang yang berada di sekililing saya berasa bosan.
Menjadikan orang sekeliling bertambah marah.


Sekarang, saya hanya mampu berserah dan berdoa.
Agar saya boleh berubah.
Agar saya kurang melakukan kekhilafan.


# Tapi saya manusia biasa, banyak kekhilafan..



Thursday, June 23, 2011

Hai lah hati...

Hai lah hati,
Kenapa kau begini??
Gundah gulana tidak bertepi,
Mencari sesuatu yang tak pasti.


Hai lah hati,
Sampai bila harus begini?
Kian hari semakin sepi,
Menangis lembut di lubuk sunyi.


Hai lah hati,
Perasaan salah menghantui diri,
Rasa bagai beronak duri,
Patutkah aku mengundur diri??


# Kalau saya lepaskan dia, tentu dia lebih bahagia kan??

Tuesday, June 21, 2011

Guru..

Sedar atau tidak, rupanya sudah 4 minggu saya bertugas sebagai seorang guru
di sebuah sekolah di Negeri Sembilan (SMK Kampung Baru Si Rusa)
Masa masih berbaki 10 minggu..

Ya, saya amat akui bahawa kerjaya sebagai seorang guru merupakan satu tugas yang amat mencabar.
Memilih kerjaya sebagai seorang guru memerlukan saya mempunyai 
kekuatan dari segi fizikal dan mental. Ya.. Amat penting.

Berdasarkan pengalaman 4 minggu berada di sekolah, secara jujurnya 
emosi saya turut terganggu. Saya akui, saya hampir terjatuh dan mahu
beralih kepada bidang lain selepas mengalami beberapa kejadian.
Namun, saya masih mempunyai kewarasan. Saya membuat kesimpulan
sendiri bahawa kejadian yang berlaku adalah adat resam seorang pendidik.
Diberi tugas untuk mendidik tingkatan 1 Gemilang dan 4 Arif bagi mata pelajaran
bahasa Melayu. Tugasan yang diberikan memerlukan saya untuk lebih 
kreatif dan bersemangat. 

--> Tingkatan 1 Gemilang
* Terdiri daripada 36 orang pelajar
* Merupakan kelas kedua akhir
* Terdiri daripada pelajar yang amat aktif dan banyak bercakap
* Sebilangan besar adalah pelajar yang lemah  membaca.
* Masih kebudak-budakan
* Perlukan perhatian lebih

--> Tingkatan 4 Arif
* Terdiri daripada 19 orang pelajar
* Merupakan kelas pertama
* Pelajar lelaki suka "loyar buruk"
* Suka bertanya
* Masih boleh digilap
* Juga perlukan perhatian

# Saya mahu menjadi guru yang garang.. Tetapi berjayakah saya???


Thursday, June 2, 2011

Tentu menyampah kan??

Wanita dan merajuk memang tak boleh berpisah kan??
Di mana ada wanita, di situ pasti ada merajuknya.
Nasiblah wahai lelaki kalau mengenali kaum wanita yang kuat merajuk.
Tentu menyampah kan???
Tapi kami wanita bukan sengaja, merajuk yang tak nak berpisah dengan kami.. 
Bukan wanita tak cuba untuk tidak merajuk, tapi dah memang sifat semulajadi kami kan..
Jadi, kalau kaum lelaki dah menyampah dengan kaum wanita yang kuat merajuk, cakap terus terang..